Cantik

Jom Buat ‘Skin Analysis’ Percuma Bersama Eucerin & Dapat Barang Percuma Bernilai RM109!

30
SHARES
kulit cantik

Buat anda yang merupakan peminat tegar barang-barang kecantikan kulit, inilah masanya untuk anda ke Sunway Pyramid! Berlangsung dari sekarang hingga 31 Mac, ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ menjemput anda untuk merasai pengalaman interaktif yang tidak pernah dilihat sebelum untuk dapatkan kulit cantik!

Bukan itu sahaja, ini bagi membantu anda memahami keperluan kulit dengan lebih baik. Siapa yang tak mahu kulit sihat dan cantik bukan di Hari Raya nanti bukan?

Baca juga: Muka Cantik Tapi Tumit Kaki Selalu Merekah? Rendam Kaki Dalam 2 Bahan Ini & Hasilnya Wow!

NAK KULIT CANTIK HARI RAYA NANTI? JOM BUAT ANALISA KULIT BERSAMA EUCERIN!

kulit cantik

Memang banyak benda menarik yang ada di pameran kesihatan kulit dari Eucerin ini tetapi pertama sekali, anda perlu mendaftar di kaunter untuk mendapatkan ‘pasport’.

Seterusnya, anda boleh cuba ke booth interaktif yang berbeza untuk mendapatkan cop setem, dan jangan lupa untuk menebus hadiah percuma setelah anda selesai!

Banyak permainan interaktif comel Eucerin yang akan membantu anda membetulkan rutin penjagaan kulit yang sering dilakukan. Sebaik sahaja anda telah mengumpulkan semua setem dalam ‘pasport’ tersebut, boleh pergi ke kaunter penebusan untuk menerima kit sampel percuma yang bernilai RM109, wah!

Terdapat juga semua jenis produk Eucerin yang dipamerkan yang boleh anda cuba dan beli dengan penjimatan dan hadiah menarik bernilai sehingga RM299. Satu perkara yang anda tidak mahu ketinggalan ialah peluang untuk mendapatkan analisis kulit lanjutan percuma, yang akan memberitahu skor kulit anda dan kawasan kulit yang perlu beri perhatian lebih.

kulit cantik

Menggunakan teknologi Korea terkini, analisis kulit termaju akan meliputi jenis kulit anda, tahap kelembapan, dan mengukur kesihatan keseluruhan liang pori. Ia juga akan menunjukkan kepada anda bintik-bintik gelap pada kulit, serta bintik-bintik UV yang anda tidak akan dapat melihat sebaliknya.

Dapatkan juga butiran dengan lebih mendalam tentang kulit melalui rundingan percuma dengan pakar dermatologi bertauliah dan berdaftar yang dibawa kepada anda oleh Eucerin, dengan kerjasama Klinik Pakar Dermatologi. Slot adalah terhad dan anda perlu menempah lebih awal, jadi pastikan anda tidak ketinggalan.

Jadi, jangan lupa untuk pergi ke Sunway Pyramid hari ini bagi merasai ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’, dan boleh datang pada 30 Mac (Sabtu) jam 2.30 petang untuk menyaksikan sesi khas yang menampilkan ‘influencer’ kegemaran anda.

Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation
Tarikh: 25 – 31 Mac
Masa: 10am- 10pm
Lokasi: LG2, Blue Atrium, Sunway Pyramid

Untuk dapatkan informasi yang selanjutnya, boleh ikut laman media sosial Eucerin di sini.

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×