Cantik

Muka Cantik Tapi Tumit Kaki Selalu Merekah? Rendam Kaki Dalam 2 Bahan Ini & Hasilnya Wow!

2
SHARES
tumit kaki pecah

Sebagai seorang wanita yang sangat mementingkan ketrampilan diri, bukan penjagaan kulit wajah sahaja yang perlu diberi perhatian. Penjagaan kaki terutama sekali di bahagian tumit juga perlu diutamakan untuk elak nampak tumit kaki pecah dan merekah semasa anda memakai kasut terbuka dan bertumit tinggi. Tak cantik kan?

Oleh itu, ada perkongsian di laman Facebook dari Nur Sumayyah tentang cara untuk melembutkan dan menghilangkan rekahan kulit di tumit dengan cara yang cepat. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak sukar untuk dicari dan hasilnya sangat memuaskan. Ayuh kita cuba!

Baca juga: Pati Air Jamu Untuk ‘Ketatkan’ Dalaman & Awet Muda, Orang Tegur Nampak Macam 19 Tahun!

TUMIT KAKI PECAH DAN MEREKAH? GUNA TIPS INI!

tumit kaki pecah

Nak kongsi tips untuk rawat tumit kaki merekah. Kadang-kadang pakai kasut tumit tinggi nampak kaki merekah mesti kita malu kan! Jadi, jangan risau okay, yang penting anda kena rajin dan konsisten buat di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Air suam
-Listerine (Total Care)
-Cuka epal
-Span
-Krim atau losyen kaki

Cara-caranya:

1. Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.

2. Kemudian tuangkan 1-2 penutup botol Listerine ke dalam air rendaman. Boleh guna yang Total Care punya ya.

3. Letak 1-2 sudu makan cuka epal ke dalam air rendaman. Boleh guna yang mana anda suka.

4. Campurkan semua bahan ini supaya sebati dan rendam pula kaki selama 30 minit.

5. Dah selesai rendam selama 30 minit, boleh skrub kaki dengan menggunakan span kering dan lap kaki. Kemudian, boleh sapukan krim atau losyen kaki untuk melembapkan semula kaki anda.Hasilnya, anda boleh nampak dan rasa kaki akan lembut macam kulit bayi tau!

tumit kaki pecah

*Pastikan buat teknik rendaman ini sebanyak 2-3 kali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!

Baca juga: Muda Lagi Pun Rambut Dah Penuh Uban, Punca Nombor 8 Tu Ramai Selalu Buat Hari-Hari!

Sumber: Nur Sumayyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×