Sponsored Post

myWaqaf PTPTN Bantu Mahasiswa B40 & M40 Sambung Pengajian, Siap Boleh Dapat Potongan Cukai!

Sebagai ibu bapa mahupun masyarakat yang prihatin, melihat anak-anak muda berjaya melangkah ke menara gading adalah satu kebanggaan.Tapi hakikatnya, bukan semua  mahasiswa bernasib baik dan mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung kos pengajian tinggi.

Memahami cabaran ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menterjemahkan sebuah kerjasama strategik menerusi myWaqafPTPTN.

Melalui kolaborasi ini, ia membuka ruang buat masyarakat, pihak korporat dan organisasi untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab memperkasakan akses pendidikan negara, terutamanya bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

INITIATIF BERIMPAK TINGGI UNTUK ANAK BANGSA

Penubuhan myWaqafPTPTN menjadi antara langkah PTPTN mempelbagaikan sumber dana pembiayaan pendidikan tinggi, selain daripada pemberian pinjaman sedia ada.

Penglibatan YWM  pula amat bertepatan memandangkan kepakaran serta pengalaman luas mereka sebagai agensi kerajaan di bawah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dalam menguruskan pelaksanaan wakaf di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, semua terimaan dana wakaf myWaqafPTPTN akan diuruskan oleh YWM dan dilaburkan di dalam portfolio pelaburan patuh Syariah. Hasil pelaburan (manfaat wakaf) kemudiannya diagihkan kepada penerima manfaat terpilih dalam bentuk biasiswa pendidikan tinggi.

Siapa yang layak menerima manfaat ini?

  1. Mahasiswa daripada golongan B40
  2. Mahasiswa daripada golongan M40
  3. Golongan asnaf

Istimewanya, biasiswa ini terbuka kepada mahasiswa layak yang melalui proses saringan ditetapkan dan tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja.

Sebagai tanda penghargaan kepada inisiatif ini, mahasiswa yang telah berjaya kelak digalakkan untuk menyumbang semula dalam myWaqafPTPTN. Langkah ini bagi menyemarakkan lagi semangat berwakaf  dalam kalangan mahasiswa yang lain, seterusnya membantu pertumbuhan sektor pendidikan negara secara berterusan.

Manakala bagi pewakaf pula, setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja memberi ganjaran pahala berpanjangan, malah layak mendapat potongan cukai 10% daripada pendapatan agregat di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

CARA UNTUK MENYUMBANG

Untuk masyarakat yang mahu berwakaf, tiada had nilai ditetapkan dan anda boleh menyumbang menerusi 3 saluran mudah ini:

  1. Sistem Wakaf Tunai Malaysia
    Berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan memilih ‘myWaqafPTPTN’ di dalam senarai ‘Wakaf Khas / Projek’.
  2. Pindahan Wang (Bank Transfer)
    Buat pindahan ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank menerusi nombor akaun 2-12457-6006259-1.
  3. Imbas QR DuitNow
    Imbas kod QR DuitNow rasmi YWM untuk menyempurnakan pewakafan secara pantas.

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama membantu mengubah nasib anak-anak bangsa yang memerlukan. Siapa tahu, sedikit sumbangan yang kita hulurkan hari ini bakal menjadi asbab untuk seorang mahasiswa mencapai cita-cita mereka dan mengubah masa depan sesebuah keluarga.

Ingat, wakaf bukan sekadar amalan, ia adalah pelaburan akhirat dan ikhtiar jangka panjang untuk memastikan generasi muda mempunyai peluang pendidikan yang lebih terjamin.

Jom bersama kami memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan melalui myWaqafPTPTN! Pendidikan Tinggi Untuk Semua.

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×