Asuh

Pakar Kongsi 9 Tips Elak Perang Saudara, Mulakan Dari Anak-Anak Masih Kecil Baru Efektif!

1
SHARES
tips elak perang saudara

Tips elak perang saudara yang dikongsikan Dr. Rozanizam Zakaria ini merupakan kemahiran yang wajar diterapkan dalam institusi kekeluargaan, terutamanya dalam diri anak-anak sejak mereka hijau daun lagi. Hal ini bagi mengelakkan pergaduhan tersebut menjadi memori pahit yang berbekas, selain ia juga boleh diubah kepada membuka peluang membina EQ mereka.

Sememangnya, pergaduhan antara adik-beradik merupakan peristiwa normal yang berlaku dalam setiap keluarga. Namun, membezakan ia adalah skala pergaduhan tersebut, terutamanya yang berskala besar sehingga menghancurkan hubungan adik-beradik. Oleh itu, mari ikuti tips elak perang saudara di bawah.

Baca juga: 7 Tips Belajar ‘Last Minute’ Buat Adik-Adik SPM & STPM, Ikut Cara Ini Baru Boleh ‘Score’!

TIPS ELAK PERANG SAUDARA

tips elak perang saudara

Gambar: freepik

Tips elak perang saudara:

Atasi anak berebut dan bergaduh adik-beradik. Bergaduh adik beradik itu sebahagian plot normal dalam cerita mana-mana keluarga.

Tapi bagaimana nak ubat plot ini menjadi peluang bina EQ anak-anak dan tidak menjadi memori pahit yang membekas dalam diri mereka?

  1. Jalan mudah – ibu bapa jadi referee, sapa salah kena atau dua-dua kena. Jalan ini mungkin yang paling cepat, tapi masalahnya anak-anak tidak belajar apa-apa darinya. Buktinya – sejam lagi dia buat pula.
  2. Jalan susah sikit – tapi therapeuthic. Kita modify behaviour guna acknowledgement of emotion dan consequences. Sekali sekala kena cuba jalan susah, kalau kesannya lebih kekal.

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

Tips elak anak berebut atau berbalah (tanpa perlu jadi referee):

  1. Jika pergaduhan itu mengenai perkara remeh – abaikan. Teknik ini nak latih anak yang kena supaya ada threshold mengadu lebih tinggi, serta discourage anak yang buat supaya tak dapat perhatian.
  2. Jika ia lebih serius seperti berebut mainan sehingga menganggu permainan atau melarat menjadi perbalahan – mulakan dengan acknowledge perasaan marah kedua-dua anak. Contoh, “mama tengok kakak dengan adik betul-betul marah”.
  3. Bila mereka mengadu, dengar dengan hormat. be respectful – dengar, tengok mata mereka dan pegang jika perlu.
  4. Tunjukkan pada mereka anda faham dan situasi itu sukar bagi mereka. Contohnya, “kakak nak lego yang ini buat rumah Barbie, adik nak buat kereta…tapi lego ni ada satu sahaja tinggal. Patutlah kakak dan adik berebut, sebab tinggal satu aje”.
  5. Tunjukkan yang anda percaya mereka boleh selesaikan. Contoh, “mama tahu dua-dua nak benda yang sama, tapi benda ada satu sahaja, cuba kakak dengan adik fikir, macam mana nak kongsi supaya dua-dua tak bergaduh. Mama tahu kakak dengan adik mesti boleh settlekan..dah besar kan? Dua-dua anak soleh Mama.”
  6. Tinggalkan. Teknik ini mungkin tak selesaikan perbalahan mereka, tapi ia akan elakkan perbalahan jadi lebih teruk. Jika kita konsisten dengan teknik ini, mereka akan mula belajar kaitkan bergaduh dan berebut dengan emosi yang negatif (marah, bergaduh) kerana kita acknowledge dan mereka juga jadi lebih berdikari dalam menguruskan emosi.

Baca juga: 10 Simptom Bayi Dalam Proses Tumbuh Gigi & Tindakan ‘Parents’ Perlu Ambil!

Jika pergaduhan jadi berpanjangan atau melarat menjadi fizikal, sambung dengan teknik ini:

  1. Nyatakan dengan jelas apa yang anda nampak dan tidak suka. Contoh, “nampaknya kakak dengan adik tak nak beralah dan kongsi permainan sama-sama, sekarang dah jadi gaduh..”
  2. Tarik reward bermain (time-off) dan asingkan. Contoh, “sekarang, dua-dua tak boleh main untuk sepuluh minit. Kakak pergi bilik kakak, adik pergi main bilik adik. Bila dua-dua dah tenang, baru boleh main semula.”
  3. Apa yang paling penting, konsisten. Tak kisah hebat mana teknik, kalau kita give in here and there. mereka akan dengan cepat tahu trick nak tewaskan peraturan kita.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

PERKARA YANG IBUBAPA PERLU ELAKKAN APABILA ANAK-ANAK BEREBUT

  1. Jangan label – “kakak dengan adik ni asyik bergaduh aje”.
  2. Jangan bandingkan – “kenapa kamu berdua tak boleh jadi macam anak auntie X”. Semua adik beradik bergaduh dalam dunia ni, termasuk auntie X, Y dan Z.
  3. Terima apa cakap mereka. Jangan tunjukkan anda berpihak atau tidak mempercayai salah seorang.
  4. Biarkan mereka marah – marah ialah emosi manusia, jangan halang, tapi tunjukkan mereka cara betul nak tunjuk marah.
  5. Beri perhatian bila mereka main dengan baik tanpa bergaduh – puji dan reward jika perlu.
  6. Alihkan tumpuan dengan buat lawak, kisah lucu dan perkara yang buat mereka ketawa.
  7. Jika mereka berkelakuan ganas/fizikal. Beri hukuman sewajarnya secara konsisten. Jelaskan yang ia tidak boleh diterima dan setiap kelakuan fizikal akan dapat akibat (tidak semestinya fizikal, contohnya ignore, time off, tarik reward ice cream atau tidak bawa ke playground).

Cuba try test tengok.

Baca juga: Berkhatan Cara Tradisional Anak Lelaki Era 90an & Tahun Sebelumnya, Jom Bernostalgia!

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×