Famili

Cakap Jangan Sembarangan, Ini Maklumat RUMAH PUSAKA Yang Anda Perlu Tahu!

3
SHARES
rumah pusaka

Siapa sangka satu kenyataan yang dibuat oleh seorang adik kepada selebriti wanita berkenaan rumah pusaka, telah berjaya membuka luas mata masyarakat berkenaan isu ini. Lelaki itu mendakwa rumah yang didiami mereka sekeluarga adalah rumah pusaka, sedangkan pemilik kediaman itu di atas nama selebriti wanita tersebut yang masih hidup.

Ekoran dakwaan tersebut, terdapat sesetengah orang yang keliru mengenai hal rumah pusaka. Jadi, apakah itu rumah pusaka? Bagi menjernihkan kekeliruan yang melanda fikiran pembaca, mari ikuti penjelasan di bawah seperti dikeluarkan Tuan Muhamad Dzul Ikram di bawah.

Baca juga: Pelik Bila Kerap Tak Cukup Duit? Cuba Check 4 Punca Ini, Mungkin Asbab Rezeki Suami Tergantung!

RUMAH PUSAKA SIAPA PEMILIKNYA?

rumah pusaka

Gambar: jcomp

Rumah pusaka?

Rumah atas nama kakak, dibayar oleh kakak based on income dia, maintenance rumah pun dibayar kakak. Tapi adik-beradik claim rumah itu rumah pusaka?? 

Kalau kakak meninggal baru lah rumah itu jadi pusaka. Tapi adik-beradik tak ada hak langsung atas rumah itu as waris faraid. Yang ada hak parents, suami dan anak lelaki dia.

Itu pun bahagian untuk parents fix 1/6, suami 1/4 dan baki dari harta itu dapat pada anak dia as waris asobah. Tapi kakak hidup lagi. Jadi, apa yang rumah pusakanya? Dia nak jual ke tak, dia ada hak sebab rumah itu atas nama si kakak.

Masih ramai lagi yang jahil dalam bab pengurusan harta dan faraid. Harta pusaka pun tak tahu apa maksudnya. Cari juga profile insta dan tiktok dia tak jumpa juga. Kot-kot lah boleh tarbiah sikit pasal ilmu pengurusan harta ini.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

INFO HARTA PUSAKA

rumah pusaka

Gambar: wirestock

Bagi menambahkan lagi kefahaman anda berkenaan rumah pusaka, ikuti butiran lanjut di bawah seperti yang pernah dikeluarkan LifeTakaful di laman webnya.

Apa itu rumah pusaka?

Merujuk portal LifeTakaful, secara umumnya rumah pusaka (aset tetap) adalah rumah tinggalan apabila berlakunya kematian kepada pemilik rumah. Di mana, terdapat dua kategori untuk rumah pusaka seperti berikut:

  1. Rumah didaftar atas 1 nama (suami atau isteri) dan dia meninggal dunia. Maka, 100% rumahnya adalah rumah pusaka.
  2. Rumah didaftar atas 2 nama (suami dan isteri) dan salah seorang meninggal dunia. Maka, 50% rumahnya adalah rumah pusaka. Ia bukan lah harta sepencarian kecuali telah diisytiharkan di mahkamah yang dibuat semasa hidup.

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

Pembahagian secara faraid

Di dalam Islam, faraid merupakan kaedah paling asas sekiranya si mati meninggalkan harta tanpa sebarang dokumentasi. Tiada siapa yang boleh melawan kaedah dan undang-undang ini.

Pembahagian rumah tinggalan ini tertakluk kepada cara tersebut. Sekiranya,

1. Suami meninggal

  • Ibu suami memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Bapa suami memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Isteri memiliki 1/8 dari rumah pusaka
  • Bakinya akan dimiliki oleh anak-anak dalam nisbah 2:1 (2 untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)

2. Isteri meninggal

  • Ibu isteri memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Bapa isteri memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Suami memiliki 1/4 dari rumah pusaka
  • Bakinya akan dimiliki oleh anak-anak dalam nisbah 2:1 (2 untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)

Kebiasaannya pembahagian ini mengikut harga rumah pusaka tersebut, jarang ada kes rumah pusaka dikerat-kerat dan dibahagikan kepada waris.

Baca juga: Doa Penyejuk Hati Buat Wanita Hebat, Rasa Marah Hilang Dengan Sendiri, Jom Amalkan!

Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh, berdasarkan penjelasan di atas rumah yang ditakhtakan sebagai harta pusaka apabila pemiliknya sudah meninggal dunia. Jadi, selagi badan pemilik masih bernyawa jangan lah anggap ia sebagai harta pusaka.

Semoga penulisan artikel ini, dapat membantu menjernihkan kebingungan para pembaca SirapLimau tentang ilmu harta atau rumah pusaka. Kita sama-sama belajar ya!

Baca juga: Peguam Syarie Kongsi Apa Isteri Boleh Tuntut Bila Suami Minta Poligami, Jangan ‘Blur’ Depan Hakim

Sumber: Muhamad Dzul Ikram / Life Takaful

FT Image: freepik / wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×