Nur

Doa Penyejuk Hati Buat Wanita Hebat, Rasa Marah Hilang Dengan Sendiri, Jom Amalkan!

2
SHARES
doa penyejuk hati

Marah itu merupakan antara nafsu semula jadi yang ada pada manusia. Namun kemarahan itu jika tidak pandai dikawal akan merebak hangus membakar diri. Berikut terdapat doa penyejuk hati buat kaum wanita terutamanya, yang boleh diamalkan setiap kali membasuh muka.

Di mana, doa ringkas dan padat ini telah dikongsikan oleh Ustazah Aminah Mat Yusoff untuk para wanita hebat di luar sana mengamalkannya. Semoga anda terhindar dari sifat amarah yang merupakan senjata syaitan yang paling tajam.

Baca juga: Himpunan 7 Doa Minta JODOH, Semoga Tahun Depan Makan Nasi Minyak!

DOA PENYEJUK HATI

doa penyejuk hati

Gambar: Getty Images/iStockphoto/Juanmonin

Wanita hebat menyejukkan hati. Amalkan setiap kali membasuh muka:

Ya Allahu Ya Wadud – 7X

Ya Allah Yang Maha Penyiram Kesejukan.

Sejukkanlah hatiku setiap kali dibakar api kemarahan yang membuatkan aku tewas dengan emosi.

Tenangkanlah jiwaku yang gundah dan kuat bersangka-sangka, sehingga aku lemah kerana fikiranku sendiri.

Indahkanlah lafazku sehingga sejuk telinga yang mendengar, sampai terus ke dalam hati.

Cantikkanlah akhlakku biar indah ukhuwwah dan tali persaudaraan.

Sejukkanlah hati yang melihatku,

tiada rasa benci dan sakit hati,

tiada rasa cemuh dan jemu,

selagi ia dapat membawaku kepada redhaMu Ya Allah.

Baca juga: Mama & Papa Boleh Cuba 2 Amalan Ini, Ikhtiar HAMIL Kaedah Islam!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: Thirdman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×