Nur

5 Kelebihan Amal Surah Ad-Dhuha, Bukan Sahaja Hati Tenang..Poket Pun Selalu Cukup!

28
SHARES
kelebihan surah ad dhuha

Sebut sahaja mengenai solat dhuha, mungkin tidak ramai dalam kalangan kita yang mengamalkannya. Namun, bagi sesiapa yang mengamalkan solat dhuha ini pasti akan terasa perubahan yang ketara dalam hidup apabila setiap perkara yang dilakukan adalah sangat tenang. Begitu juga dengan kelebihan Surah Ad Dhuha yang boleh membantu anda mendapat 5 keberkatan ini.

Jom sama-sama kita amalkan!

Baca juga: Indah & Istimewanya Masjid Al-Aqsa Bagi Umat Islam, Masjid Suci Yang Wajib Dijaga

KELEBIHAN SURAH AD DHUHA, HATI PUN TENANG BILA AMAL

kelebihan surah ad dhuha

Apakah surah Ad-Dhuha?

Surah Ad-Dhuha diturunkan di Mekah dan mengandungi 11 ayat. Ia dinamakan sebagai Ad-Dhuha yang bermaksud waktu dhuha kerana pada awal surah, Allah SWT bersumpah dengan waktu yang tersebut, serta waktu malam untuk menegaskan bahawa Dia tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan tidak membencinya sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Musyrik.

Intisari penting dalam surah Ad-Dhuha ini termasuklah:

-Mengisahkan bahawa putusnya wahyu selama beberapa waktu itu bukanlah tanda Allah SWT murka kepada Nabi Muhammad SAW seperti yang diperkatakan oleh orang kafir.

-Menerangkan perubahan yang dialami Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas menjadi Rasul.

-Menerangkan larangan menghina anak-anak yatim dan peminta sedekah.

1.Mencukupkan rezeki

Surah Ad-Dhuha sangat berkait rapat dengan solat sunat Ad-Dhuha. Oleh yang demikian, amalan ini dapat memberikan kecukupan seseorang dalam mendapatkan rezeki sebagaimana solatnya dilakukan.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud).

2.Memberi ketenangan hati, rasa tenteram

Ayat keempat surah Ad-Dhuha, “Sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia” menerangkan kepada kita akan hakikat sebuah kehidupan yang sementara. Ramai orang pada hari ini mengalami tekanan dalam hidup lalu mempersoalkan segala takdir yang berlaku dalam hidupnya.

Malah ada yang sanggup untuk mengakhiri kehidupan dengan cara yang haram. Ayat keempat inilah jawapan yang paling benar dan baik untuk dijadikan panduan kepada umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Al-Quran (segala kisah di dalamnya) adalah diturunkan oleh Allah; Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin.” – (Surah Asy-Syu’araa’, ayat 192 & 193)

3.Setiap huruf mendapat sepuluh ganjaran pahala

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

4.Mengeluarkan seseorang dari masalah dan keserabutan hidup

Pencetus Ummah Amin (PU Amin) pernah berkongsi pesanan yang diterima dari gurunya untuk mengamalkan ayat kelima Surah Ad-Dhuha selepas solat dan pada waktu terluang. Ini sangat bermanfaat untuk menjawab segala permasalahan dan keserabutan yang melanda hidup kita.

5.Mendapat keselamatan bagi diri dan keluarga di dunia

Menurut Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji. Joll, penasihat syariah Galeri Ilmu berkata mereka yang mengamalkan membaca surah Ad-Dhuha ketika terbit matahari dan ketika terbenam matahari sebanyak 7 kali, akan selamat bagi dirinya, anak-anaknya, dan keluarganya dari empat perkara.

Empat perkara itu adalah yang pertama musibah, sihir, binatang buas, dan rumahnya selamat dari kecurian.

kelebihan surah ad dhuha

*Jom kita curi sedikit masa untuk amalkan surah ini bersama-sama ya!

Baca juga: Cara Sujud Sahwi Yang Betul, Kalau Tidak Sengaja Terlupa Rukun Solat Boleh Buat

Sumber: Tiktok @ya_nurr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×