Euforia Bola 2026
Rakyat

MyDigital ID Hanya Boleh Guna Satu Telefon, Ini Cara Batalkan Akaun Lama Sebelum Tukar Peranti

mydigital ID

Baru tukar telefon pintar dan bercadang untuk memasang semula aplikasi MyDigital ID? Jangan terburu-buru mendaftar pada peranti baharu kerana sistem identiti digital negara ini hanya membenarkan satu pendaftaran pada satu telefon dalam satu-satu masa.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook e-Central yang mengingatkan pengguna supaya membatalkan MyDigital ID pada telefon lama terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran semula.

Baca juga: [VIDEO] Kasut Hilang Dalam Timbunan, Lelaki Ini Kongsi Cara Guna ChatGPT Sebagai ‘Penyelamat’!

MyDigital ID HANYA BOLEH DIDAFTARKAN PADA SATU TELEFON

mydigital ID

Langkah ini penting bagi memastikan identiti digital pengguna kekal selamat, selain mengelakkan masalah ketika proses pendaftaran pada peranti baharu.

Menerusi hantaran tersebut, e-Central menjelaskan bahawa pengguna yang bertukar telefon perlu membatalkan pendaftaran Digital ID pada peranti lama sebelum mengaktifkannya semula pada telefon baharu.

“Take note! Kalau tukar telefon, kena batalkan MyDigital ID yang lama itu dulu sebelum daftar semula pada telefon baru. MyDigital ID hanya boleh didaftarkan pada SATU telefon sahaja,” jelasnya.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian pengguna dengan kira-kira 3,500 tanda suka.

Menurut penjelasan lanjut yang diberikan di ruangan komen, sistem ini berfungsi hampir seperti aplikasi perbankan yang memerlukan pengguna menguruskan akses peranti apabila bertukar telefon.

Pendaftaran terhad kepada satu telefon pada satu-satu masa bagi membantu memastikan identiti digital pengguna tidak disalahgunakan.

Cara batalkan MyDigital ID sebelum tukar telefon

Bagi pengguna yang ingin beralih ke telefon baharu, proses pembatalan boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum pendaftaran semula dibuat.

Berdasarkan panduan yang dikongsikan e-Central, berikut langkah-langkah untuk membatalkan Digital ID lama:

  1. Buka aplikasi MyDigital ID dan tekan butang “Batal Digital ID”.
  2. Masukkan nama serta nombor MyKad seperti yang diminta.
  3. Imbas bahagian depan dan belakang MyKad.
  4. Teruskan proses pengesahan dengan mengimbas wajah.
  5. Setelah selesai, tunggu sehingga proses pembatalan berjaya.

Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!

Menariknya, pengguna juga boleh melakukan proses pembatalan tersebut menggunakan telefon baharu, seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah:

mydigital ID

Selesai batal, boleh daftar semula di telefon baharu

Selepas pembatalan berjaya, pengguna boleh meneruskan proses pendaftaran MyDigital ID pada telefon baharu.

Pastikan maklumat peribadi yang dimasukkan adalah tepat dan ikuti arahan pengesahan dalam aplikasi sehingga proses pendaftaran selesai.

Jadi, bagi yang merancang untuk menukar telefon dalam masa terdekat, jangan lupa uruskan pendaftaran MyDigital ID terlebih dahulu supaya proses penggunaan semula identiti digital pada peranti baharu berjalan lancar.

Sumber: Facebook e-Central

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×