Euforia Bola 2026
Didik

1 Ogos Buat Ibu Bapa Berdebar, Semakan Penempatan Tahun 1 2027 & Rayuan Dibuka Serentak Esok!

penempatan tahun 1

Ibu bapa yang mempunyai anak bakal memasuki sekolah rendah tahun hadapan berikut merupakan info yang perlu anda tahu mengenai Penempatan Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 bermula 1 Ogos 2026.

Selain menyemak keputusan, ibu bapa juga boleh membuat rayuan sekiranya anak tidak mendapat sekolah yang dipilih.

Baca juga: Detik Bersejarah Pahang, UNIQSAAS Kini Rasmi Sebagai Universiti Al-Quran Pertama Negara!

INFO PENTING PENEMPATAN TAHUN 1 2027

penempatan tahun 1

Semua urusan semakan dan rayuan dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Identiti Kementerian Pendidikan Malaysia (idMe).

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika proses pendaftaran, berikut lima perkara penting yang perlu diberi perhatian.

1. Semakan penempatan dibuka mulai 1 Ogos 2026

Keputusan Penempatan Tahun 1 sesi persekolahan 2027 boleh disemak bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026 melalui sistem idMe (https://idme.moe.gov.my).

Ibu bapa atau penjaga hanya perlu log masuk ke akaun masing-masing untuk menyemak sekolah yang ditawarkan kepada anak.

2. Rayuan boleh dibuat jika tidak mendapat sekolah dipilih

Sekiranya anak tidak berjaya mendapat sekolah yang dipohon, ibu bapa boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang sama, iaitu 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026.

Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipilih.

3. Jika rayuan tidak berjaya, ibu bapa perlu sahkan penempatan asal

Sekiranya keputusan rayuan tidak berjaya, ibu bapa masih perlu mengesahkan penempatan sekolah yang telah ditawarkan sebelum ini.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, ibu bapa disaran menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Baca juga: [TERKINI] KPM Laksana Program Reformasi Sekolah Minggu Depan, Pilih 10 Sekolah Setiap Daerah Terima Hingga RM100,000

penempatan tahun 1

Gambar hiasan: Gemini AI

4. Jika rayuan berjaya, jangan lupa sahkan penerimaan

Bagi ibu bapa yang berjaya dalam rayuan, pengesahan penerimaan ke sekolah baharu perlu dibuat mengikut tawaran yang diberikan.

Langkah ini penting supaya tempat yang ditawarkan tidak terbatal.

5. Simpan tarikh-tarikh penting ini

Bagi memudahkan urusan, berikut ialah jadual penting yang perlu diingat oleh semua ibu bapa:

  • 1 Ogos 2026: Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka
  • 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026: Tempoh rayuan Penempatan Tahun 1
  • 1 Oktober 2026: Keputusan rayuan diumumkan
  • 15 November 2026: Tarikh akhir permohonan Tahun 1 sesi 2027 secara dalam talian

Selain itu, ibu bapa juga disaran mencetak surat penempatan selepas membuat semakan kerana dokumen tersebut perlu dibawa ketika hari pendaftaran anak di sekolah.

Justeru, pastikan semua tarikh penting ini disimpan dalam kalendar agar proses kemasukan anak ke Tahun 1 berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Baca juga: Ramai Graduan B40 & M40 Terlepas, Pengecualian PTPTN Kelas Pertama Masih Ada… Ini Syaratnya!

Sumber: e-Central

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×