Sisi kreatif seorang lelaki yang menggunakan kayu buruk dan tanah liat permainan kanak-kanak sebagai ‘tembok’ untuk menghalang air banjir memasuki rumahnya, telah menerima pujian ramai.
Hal ini kerana, tindakan Mohamad Fariswan Mohd Ariffin, 31, itu boleh dikatakan berjaya!
Baca juga: 7 Tips Berguna Ketika Banjir Besar, Baru Tak Gelabah Rumah Masuk Air!
KAYU BURUK & TANAH LIAT SEKAT AIR MASUK RUMAH!
Mohamad Fariswan memberitahu kepada media tempatan, idea tersebut timbul apabila melihat kepada keadaan air di kawasan perumahan, hujan lebat yang belum reda dan bahannya memang tersedia di dalam rumah.
Menurutnya, semasa hari kedua banjir buruk masih melanda Kota Bharu, Kelantan, dia terus mengambil keputusan untuk membuat ‘tembok’ sementara.
“Kawasan taman perumahan saya di Teluk Panji bukan jenis air termenung. Jadi, saya dah tahu paras air akan naik kalau hujan. Pada mulanya saya buat tak tahu, tiba-tiba air masuk melalui pintu.
“Saya pun fikir apa nak buat lepas dah guna macam-macam cara, akhirnya saya ambil kayu dan plastisin mainan anak. Setakat sekarang dah tiga hari (termasuk hari ini) pasang alhamdulillah masih bertahan, tiada masalah.
“Banjir di kawasan perumahan ini tak teruk sangat sebab saliran longkang memang okay, cuma tak mampu menampung lebihan air banjir sebab itulah melimpah sampai ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Baca juga: “Tempat Saya Banjir, Boleh Ke Nak Jamak Solat?”- Ustazah Asma’ Harun Beri Jawapan
Mohamad Fariswan memaklumkan, dia juga mengambil inspirasi dan ilmu daripada orang-orang lama yang membuat tembok penghalang banjir menggunakan guni pasir atau plastik di sekeliling rumah.
“Idea ini pun dah lama orang guna sebenarnya sebab itu saya terfikir nak buat. Tetapi, air di kawasan perumahan saya cepat surut dalam setengah jam sahaja, cuma kalau hujan memang akan naik lagi,” ujar pemuda berkenaan.
Setakat ini, hantarannya itu di akaun TikTok @mfariswan , telah mendapat 1.7 juta tontonan setakat ini dengan hampir 60,000 tanda suka dan lebih 20,000 perkongsian.
Ramai warga maya bersetuju dan pernah menggunakan kaedah tersebut!
Sementara itu, di ruangan komen video tersebut ramai yang pernah menggunakan kaedah tersebut dan kebanyakan dari mereka menyatakan ia adalah kaedah yang efektif bagi menghalang kemasukan air ke dalam rumah buat sementara waktu.
“Setiap tahun kami buat macam ini memang membantu, beli kayu playwood untuk pintu depan, dapur dan tandas. Lepas banjir, tandas sahaja kena cuci. Plastersin boleh ganti dengan gun glue mudah nak tanggal.
“Macam saya lah bilik air dekat rumah dan bocor ada berlubang, saya ambil claydoh anak dan tampal. Sampai sekarang tak bocor.
“Rumah saya macam inilah dari kecil, asal nampak air nak naik je, dah pasang papan, letak tanah liat. Zaman-zaman banjir teruk 20 tahun lepas.
“Betul..kami kawasan banjir dah lama guna cara ini, tidak jenuh penat mencuci,” antara cerita pengalaman yang dikongsikan warga maya.
@mfariswan Kita ikhtiar & cuba. Alhamdulillah air tak masuk setitik pun . Geng2 yang terkesan dengan banjir , air masuk ikut pintu boleh cuba cara ni. Confirm jadi !
Baca juga: Tak Ingat Suami Ambil Syarikat Insurans Apa, Bila Kereta Rosak Ini Cara Pantas Untuk Isteri Tahu!
Sumber: Sinar Harian / TikTok @mfariswan
FT Image: TikTok @mfariswan