Asuh

Lampin Anak Asyik Berdarah Lepas Main Air Banjir, Dr. Periksa Pundi Kencing & Terkejut Jumpa Benda Bergerak Ini!

12
SHARES
pundi kencing

Biarpun sedang mengalami kesukaran menghadapi bencana banjir, namun untuk menghiburkan diri ada segelintir orang memilih untuk bermandi-manda di sekitar kawasan yang dinaiki air. Pun begitu, kisah seorang bayi yang mengalami pendarahan berterusan di pundi kencing akibat bermain air banjir pastinya akan membuatkan anda berfikir banyak kali selepas ini untuk melakukan aktiviti itu lagi.

Seorang doktor di laman akaun media sosialnya, TikTok @safwapasirtumboh , telah berkongsi satu peristiwa berkenaan bermain air banjir untuk dijadikan pengajaran buat masyarakat.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

PUNDI KENCING ANAK ASYIK BERDARAH

pundi kencing

Gambar: PredragImages / Getty Images

Menurut ceritanya, beberapa hari lalu klinik di tempat kerjanya telah menerima kedatangan seorang kanak-kanak yang didakwa mengalami pendarahan pada bahagian faraj sehingga terpaksa menukar lampin dengan sangat kerap.

Apabila doktor melakukan pemeriksaan pada bahagian faraj, organ kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan itu berada dalam keadaan normal.

Doktor nampak ada sesuatu yang bergerak

Setelah itu, doktor menjalankan prosedur imbasan pada pundi kencing yang katanya seperti ternampak sesuatu bergerak-gerak.

Rupa-rupanya terdapat seekor lintah telah termasuk ke dalam faraj kanak-kanak perempuan itu. Perkara itu berlaku kerana sebelum ini, dia dibawa bermain air banjir dalam keadaan tidak berlampin.

Mujurlah haiwan itu berjaya dikeluarkan melalui kaedah bladder flushing dengan menggunakan air garam untuk melemahkan lintah tersebut.

Baca juga: Rintihan Bapa Bila Anaknya Kudung Lepas Kemalangan Undang Sayu, “Ayah Bersalah Sangat Dengan Manja..”

Baca juga: Pelakon Aiman Hakim Diarah Masuk Penjara Gara-Gara Makan Coklat Anaknya! Apa Cerita?

Warga maya rasa meremang!

pundi kencing

Gambar: Google

Menerusi ruangan komen, warga maya turut sama-sama meremang dengan cerita yang dikongsikan oleh doktor berkenaan. Hantaran itu meraih lebih 19 ribu perkongsian semula di aplikasi TikTok.

“Seramm aku baca komen-komen. Geli takut betul aku. Pacat pun aku geli, lintah lagilah!

“Pacat tak apa, ia kenyang dan jatuh sendiri. Lintah tak, ia melekat bila masuk celah-celah dan siap boleh bertelur sebab itu saya takut dengan lintah.

“Saya dah trauma dengan lintah. Tak bagi anak-anak main air banjir. Empat tahun lepas suami saya kena gigit dengan lintah pada bahagian kaki. Malam terus demam, seminggu demam tak sihat dan akhirnya muntah darah bawa pergi hospital kena masuk ICU.

“Disebabkan pasal lintahlah aku dah beberapa tahun tak makan kangkung. Padahal waktu kecil dulu suka sangat,” antara komen-komen yang ditinggalkan warga maya di ruangan video tersebut.

@safwapasirtumboh

Sentiasa berwaspada ketika musim banjir terutama utk anak-anak kecil. 🤗 #prayforpantaitimur #klinikmesrawanitadankanak #kamisediamembantu #vaksinkanakkanak

♬ Very Sad – Enchan

Baca juga: Walau Kena Tolak Untuk Gunting Rambut, ‘Barber’ Ini Tetap Santuni Anak Autisme Itu, Si Ibu Sebak & Terharu!

Sumber: TikTok @safwapasirtumboh

FT Image: sunkissdiaper / rakan1klik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×