Terkini, seorang ibu meluahkan rasa kebimbangan akan keadaan anaknya yang masih bayi akibat termakan najis tikus. Melalui akaun TikTok @yarazaqquntukku , penulis difahamkan bayi tersebut yang dikenali sebagai Dede kini ditahan wad selama 4 hari disebabkan kejadian itu.
NAJIS TIKUS DIMAKAN BAYI
“Tolong doakan baby mama ini. Makan najis tikus. 4 hari dah dekat ward, doakan Dede boleh lawan kuman itu nahh,” tulis ibu tersebut di dalam videonya itu.
Ibunya yang kekhuatiran menyatakan, bayi Dede mula menunjukkan tanda awal seperti demam yang menyebabkan darah, hati dan buah pinggang tidak berfungsi dengan normal.
Malah, ibu tersebut yang sedang mempunyai latihan hutan terus memecut laju kenderaannya dari kawasan Bukit Wang hingga ke Sik setelah mendapat perkhabaran tersebut daripada suaminya.
“Hamba-hamba Allah yang baik di luar sana semoga sentiasa dalam lindungan dan dalam rahmat Allah. Mama nak mintak tolong doakan anak mama baby Dede, dia termakan najis tikus.
“Bermula dengan demam darah hati buah pinggang dia semua tak normal lagi. Mama tak kuat. Mama kena kuat untuk anak-anak mama kan.
“Papa cakap baby demam dah mama pecut laju dari Bukit Wang ke Sik, waktu itu ada latihan hutan. Demi nyawa anak, mama tak pikir nyawa mama dah. Sampai rumah sejam setengah lebih. Allahuakbar!” ujarnya di ruangkan kapsyen video.
Baca juga: Padah Letak Budak Dalam Sangkar Kucing, Ibu Kandung & Rakan Dijel 3 Tahun!
Spekulasi punca kejadian
Sementara itu, pelbagai spekulasi yang bermain dalam kalangan warga maya berkenaan kejadian tersebut di ruangan komen. Di mana, ada yang menyatakan sikap kanak-kanak yang semula jadi suka mengutip boleh menjadi punca bayi Dede termakan najis tikus.
“Umur macam ini suka mengutip. Kadang kita dah bersihkan, entah macam mana ada lagi. Selalu begitulah. Semoga cepat sembuh bayinya.
“Bela kucing. Rumah saya tikus cencorot masuk rumah, hari-hari kucing dapat. Semoga cepat sembuh. Kesian bayi anak suka masuk mulut memang risau.
“Anak nombor dua pun termakan tahun lepas. Tiba-tiba cirit-birit setiap masa dan demam yang teruk sampai suhu 40. Bawa pergi hospital warded 7 hari. Dekat rumah, sapu bawah meja ternampak najis tikus. Baru teringat dia ada main bawah meja,” antara komen-komen yang ditinggalkan pelayar di Tiktok.
Walaupun begitu, masih ramai yang menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar bayi Dede segera kembali sembuh.
Sehingga waktu artikel ini ditulis tiada lagi sebarang berita terbaru mengenai keadaan bayi Dede dan punca kejadian. Sirap Limau mendoakan agar bayi Dede dipermudahkan urusannya dan sihat semula seperti sedia kala!
@yarazaqquntukku hamba2 Allah yang baik diluar sana semoga sentiasa dalam lindungan Dan dalam rahmat Allah.. mama nak mintak tolong doakan anak mama baby Dede dia termakan nanis tikus.. start dengan demam darah hati buah pinggang dia semua tak normal lagi..mama tak kuat mama kena kuat tuk anak2 mama kan.. papa ckap baby demam dah mam pecut laju dari bukit wang ke sik time tu ada latihan hutan.. demi nyawa anak mama tak pikir nyawa mama dah.. sampai umah sejam stengah lebih Allahuakbar..😭😭😭
Baca juga: Gadis Usia 14 Rayu Nak Pergi Sekolah, Balik Rumah Kena Pukul Bapa Sampai Hidup Meliar Dengan Lelaki!
Sumber: TikTok @yarazaqquntukku
FT Image: TikTok @yarazaqquntukku