Asuh

Padah Letak Budak Dalam Sangkar Kucing, Ibu Kandung & Rakan Dijel 3 Tahun!

ibu kandung

Tindakan seorang ibu kandung berusia 20 tahun dan rakannya, Adibah Mohd Zaini, 35, memperlakukan seorang budak lelaki tiga tahun dengan tidak berperikemanusiaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun bermula Rabu.

Di mana, mangsa telah dikurung di dalam sangkar kucing di sebuah rumah pangsapuri di Taman Danau Desa di sini jam 8.16 malam pada 10 Februari lalu.

Baca juga: Anak Tak Boleh Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Dalam ‘Blacklist’ MARA – Datuk Rubiah Wang

IBU KANDUNG & RAKAN KURUNG BUDAK DALAM SANGKAR KUCING

ibu kandung

Gambar: Adibah (kanan) dan ibu kandung mangsa (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, bagi menghadapi pertuduhan kes menganiaya budak lelaki berusia tiga tahun, Februari lalu.

Tertuduh kena bon berkelakuan baik 5 tahun dan khidmat masyarakat 240 jam

Media tempatan melaporkan, kedua-dua tertuduh juga dikehendaki menjalani bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mereka diperintahkan untuk menyempurnakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam masa enam bulan selepas tamat hukuman penjara tersebut.

Mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang memelihara kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun enam bulan, melakukan penganiayaan dengan meletakkan mangsa dalam sangkar kucing sedangkan ia boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap kanak- kanak itu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga: BIADAP Pergi Rumah Orang Tinggalkan Lampin Bernajis Anak, Wanita Ini Titip Pesanan Buat Parents Lain!

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan sebagai bentuk pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

“Sangkar kucing bukan untuk kegunaan manusia maka kami mohon mahkamah mengambil kira eksibit dikemukakan terutama gambar pelakuan itu.

“Ibu mangsa gagal melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara kanak-kanak itu daripada bahaya,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!

Ibu mangsa turut mengaku membalut anaknya guna pita pelekat

Di mahkamah sama, ibu mangsa itu turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan penganiayaan dengan membalut kanak-kanak tersebut menggunakan pita pelekat, yang mana ia boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap mangsa.

Kesalahan didakwa dilakukan di rumah sama jam 3.58 petang pada 21 Februari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) akta sama.

Mahkamah menjatuhinya hukuman sama dan memerintahkan pemenjaraan itu berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum ini.

Pada Isnin lalu, dua tertuduh berkenaan dan seorang lagi rakan mereka, Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menendang mangsa.

Baca juga: Gadis Usia 14 Rayu Nak Pergi Sekolah, Balik Rumah Kena Pukul Bapa Sampai Hidup Meliar Dengan Lelaki!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian / Oyen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×