Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Kandung Jadi Suspek Utama Selepas 3 Tahun, Kematian Bayi 18 Bulan Kini Disiasat Sebagai Kes Bun*h

bapa kandung

Selepas hampir tiga tahun menjalankan siasatan, polis akhirnya mengklasifikasikan semula kes kematian seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di Johor sebagai kes bunuh dengan bapa kandung mangsa dikenal pasti sebagai suspek utama.

Baca juga: “Baik Kasi Aku Makan”- Wanita Tular Tendang Anak Kucing Melambung 4 Meter Di R&R, Netizen Naik Angin!

BAPA KANDUNG KINI SUSPEK UTAMA KEMATIAN BAYI 18 BULAN, KLASIFIKASI SEBAGAI KES BUNUH

bapa kandung

Gambar Najmi Nor’azam: Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, laporan berhubung kes itu diterima daripada seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pada 13 September 2023.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya yang berusia 40 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi pada hari yang sama. Pada peringkat awal, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku pengabaian sehingga menyebabkan kematian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ab Rahaman berkata, sepanjang siasatan dijalankan, polis memanggil 13 individu termasuk ahli keluarga terdekat dan keluarga pengasuh mangsa bagi membantu siasatan selain mengambil sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Baca juga: “Ingatkan Tukang Masak Terulung…”- Rupanya ShafiqCute Pegawai Forensik DNA, Kongsi Kos & Cara Buat Ujian Ketika Isu Curang Tengah Hangat

bapa kandung

Gambar hiasan: Freepik

Bagaimanapun, katanya, analisis Jabatan Kimia gagal mengenal pasti suspek kerana bukti jenayah tidak mencukupi untuk dianalisis dan dibuat perbandingan.

“Siasatan diteruskan sehingga membawa kepada penahanan bapa kandung mangsa berusia 40 tahun dan bapa saudaranya berusia 35 tahun pada 18 serta 22 Julai lalu.

“Semakan mendapati bapa kandung mangsa yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala bapa saudara mangsa mempunyai 13 rekod jenayah dan dadah serta didapati positif ganja menerusi ujian saringan air kencing,” katanya.

Beliau berkata, penemuan terbaharu kes itu tidak menolak kemungkinan ada unsur jenayah dilakukan bapa kandungnya namun perkara itu masih dalam siasatan.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik bapa kandung mangsa turut menemukan gambar dan video lucah.

Katanya, susulan perkembangan terbaharu siasatan, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan manakala bapa saudara mangsa yang dibebaskan akan menjadi saksi pendakwaan,” katanya.

Baca juga: Harian Metro

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×