Asuh

[VIDEO] Ibu Trauma Anaknya 1 Tahun 3 Bulan Kena Aniaya, Disuap Muntah Oleh Pengasuh!

12
SHARES
pengasuh bayi

Beberapa hari lalu, seorang ibu mendedahkan layanan kasar dialami oleh anak keduanya yang baru berusia setahun 3 bulan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi, pengasuh bayi anaknya itu didapati menyuap makananan dengan cara yang tidak wajar.

Jelas kelihatan perbuatan pengasuh tersebut terus memaksa dan menolak makanan dengan cukup kuat ke dalam mulut bayi, meskipun si kecil meronta-ronta enggan disuap.

Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!

PENGASUH BAYI SUAP MUNTAH

pengasuh bayi

Lebih parah lagi, si ibu menerusi akaun Instagramnya @andewinawidiantii berkata pengasuhnya dipercayai menyuapkan semula sisa makanan yang sudah dimuntahkan oleh anaknya tanpa menghiraukan keselamatan kanak-kanak kecil itu.

Mujurlah, tiada kejadian buruk yang menimpa anaknya.

Baca juga: [VIDEO] Nak Bagi Anak-Anak Seronok Hafal Al-Quran, Ini 8 Saluran Menarik Buat Mata Mereka Melekat Je Tengok!

Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!

Ujarnya lagi, kejadian hitam itu meninggalkan kesan trauma yang cukup mendalam buat dirinya selaku ibu, apatah lagi si anak yang tidak tahu apa-apa.

Walau bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana anaknya masih lagi dilindungi oleh Allah SWT, yang mana kejadian itu adalah kali pertama dia mengetahui sikap kasar pengasuhnya.

Sementara itu, nasib pengasuh tersebut tidak dapat dipastikan lagi.

Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!

Sumber: Instagram @andewinawidiantii

FT Image:andewinawidiantii

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×