Asuh

Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!

85
SHARES
gentle parenting

Bila soal tentang Gentle Parenting dalam mendidik anak-anak, mungkin ramai ibu bapa di luar sana yang masih mempunyai salah anggapan tentang kaedah ini. Di mana, kebanyakan ibu bapa mengganggap ia bakal membina anak-anak yang lembik karakternya.

Namun, menurut Wawa Shauqi tanggapan tersebut adalah salah kerana kaedah gentle parenting dapat melahirkan anak bijak emosi, bijak EQ dan lebih berdaya tahan. Ia telah terbukti seperti sebuah video adik-beradik cilik di luar negara yang tular hingga ke Malaysia dan merupakan hasil didikan kaedah itu.

Baca juga: [VIDEO] Pilu Menyelubungi Dua Keluarga, 5 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Bayi Di Kawasan Setinggan!

GENTLE PARENTING BUKAN BINA ANAK YANG LEMBIK

gentle parenting

Sumber: Tiktok @lauralove5514

Pernah tengok tak video ini?

Dua beradik ini nakkan kotak yang sama. Kebiasaannya, kalau 2 budak nakkan satu benda yang sama, sesaat je ambil masa untuk drama wrestling bermula.

Tapi 2 beradik ini, boleh elok tenang. Dalam video ini, si abang boleh tenang bercakap dengan si adik yang masih kecil.

“You want your turn. But NOW, that’s my turn. You can have your turn when i’m done. I know it’s hard to wait.”

Si adik masih kecil, fasa egosentriknya masih kuat. Jadi dia tak faham konsep sharing. Yet, abang tenang bina boundary dengan si adik.

Saya sangat kagum. Si abang yang masih kecil ini membuktikan dekat kita bahawa tanpa kekerasan, tanpa tengkingan, kita masih boleh bina boundary. Banyak lagi video-video mereka menunjukkan kesan positif gentle parenting dari 2 beradik ini.

Baca juga: Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!

Saya cuba terapkan ‘gentle parenting’ pada anak-anak dan nampak kualitinya!

gentle parenting

Sumber: Tiktok @lauralove5514

Jujur saya katakan. GENTLE PARENTING tak wujud semula jadi dalam darah saya.

Tapi, disebabkan saya teringin sangat anak saya cakapnya macam budak dalam video ini, makanya saya usahakan juga untuk jadi seorang ibu yang gentle.

Masa anak pertama dulu, memang jenuh nak buang garang yang ada. Dapat anak kedua, lenggok parenting makin gentle. Walau sesekali suara petir menyambar.

Maka, boleh nampaklah beza antara keduanya, masing-masing ada kualiti tersendiri. Tapi, yang kedua itu lagi gentleman pandai ambil hati dan mudah beralah.

Gentle Parenting bukan teknik melahirkan anak lembik tau, ramai orang salah faham bab ini. Tapi, ‘Gentle Parenting’ adalah kaedah parenting yang melahirkan anak yang bijak emosi, bijak EQ dan lebih berdaya tahan.

Baca juga: Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

6 ciri-ciri utama ‘gentle parenting’

  1. Parenting guna akal, bukan guna emosi.
  2. Parenting secara ‘coaching’, bukan ‘bossy’.
  3. Memberi ‘Secure Base’ untuk anak. Supaya anak tak perlu cari orang luar untuk dia rasa selamat.
  4. Tidak melihat anak sebagai nakal, sebaliknya cara anak bagitahu, ‘saya perlu diajar dengan baik’ dan ‘ada sesuatu yang tak kena pada saya’.
  5. Meletakkan peraturan yang sesuai pada anak. Dalam masa yang sama, meraikan fitrah mereka.
  6. Memahami keperluan perkembangan anak, bukan memaksa anak ikut kehendak peribadi kita.

Hasil ‘gentle parenting’, anak-anak akan jadi manusia yang:

  • Lebih ceria
  • Lebih akrab perhubungan sesama ahli keluarga
  • Lebih pandai mengawal emosi
  • Lebih bijak dalam sosial dan komunikasi
  • Lebih beradab dan berempati
  • Lebih sihat mental dan emosi.
  • Lebih berdaya tahan. Jatuh berkali-kali dia akan bangkit melawan.

Dan paling penting, kita mak ayah ini pun kurang sakit kepala bila anak dah besar. Bahagia saja sebab anak jadi manusia yang power dalamannya. Saya doakan kalian dipermudahkan usaha untuk jadi mak ayah yang gentle, ceria dan bahagia.

@lauralove5514

BRB… just going to go cry 😭♥️ they soak in EVERYTHING! #NissanShowUp #fyp #foryou #montessori #respectfulparenting #gentleparenting #toddler

♬ original sound – LauraLove

Baca juga: Anak Dah 5 Tahun Tapi Tak Tahu TANGAN DOMINAN Kiri Ke Kanan, Buat 5 ‘Test’ Santai Ini!

Sumber: Wawa Shauqi

FT Image: Tiktok @lauralove5514

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×