Asuh

Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh

3
SHARES
anggota tubuh badan

Kebelakangan ini,  isu sentuhan pada anggota tubuh badan telah menjadi perbualan hangat di media sosial lantaran kes yang melibatkan seorang pemandu bas dan murid sekolah. Perkara ini membuatkan warga maya mula bertelagah dalam memberi pandangan.

Ada di antara mereka yang ‘membenarkan’ babak sentuhan tersebut disebabkan oleh faktor pertalian darah. Namun, ada juga yang ‘mengecam’ perbuatan tersebut di atas faktor sentuhan seksual.

Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!

ANGGOTA TUBUH BADAN BILA DISENTUH

anggota tubuh badan

Disebabkan itu, perkara ini mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) untuk berkongsi maklumat kepada umum tentang sains disebalik sentuhan yang dilarang kepada 5 anggota tubuh badan ini.

Baca juga: Parents Boleh Mula Ajar Anak Perempuan Pakai Coli Pada Umur INI, Kena Mula Awal Supaya Tak Kekok!

Sentuhan dari sudut sains dan neurologi

Dari sudut sains, kawasan-kawasan tubuh seperti mulut, dada, kemaluan, celah peha, dan punggung adalah kawasan yang mempunyai banyak reseptor sensitif menjadikannya lebih peka terhadap rangsangan.

Dari perspektif neurologi, sentuhan pada kawasan-kawasan yang kaya dengan reseptor saraf ini boleh mempengaruhi EMOSI, mencetuskan rasa emosi yang kuat kepada kanak kanak.

Walaupun kanak-kanak belum matang secara seksual, sistem saraf mereka masih berfungsi dan mampu merespon terhadap rangsangan di kawasan-kawasan yang sensitif.

Lebih membimbangkan jika sentuhan ini dilakukan berulang kali, ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi keliru mengenai batasan fizikal dan sentuhan yang sihat.

Baca juga: Ibu Bimbang Anak Gesel Alat Sulit Pada Sofa, Rupanya Dalam Fasa Phallic. Sila Beri Perhatian!

Baca juga: Guna Ayat Yang Salah Ketika Tegur Anak, Boleh Jadi Punca Timbul Cemburu dan Dengki

Kanak-kanak mungkin ketagih terhadap penghasilan rasa sensasi 

Kesan jangka panjang yang lebih berbahaya termasuk kemungkinan kanak-kanak menjadi KETAGIH terhadap sensasi yang dihasilkan oleh sentuhan tersebut, walaupun mereka mungkin tidak memahami implikasinya.

Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan grooming (proses di mana pemangsa secara perlahan-lahan membiasakan kanak-kanak dengan sentuhan tidak sesuai).

Mengetahui akan sains disebalik sentuhan tidak selamat, adalah tidak wajar untuk ada pihak yang menghalalkan babak sentuhan tidak selamat di dalam bas baru baru ini.

Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Gerd Altmann – Pixabay

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×