Asuh

Pemandu Bas Melampau, Muat Naik Video Belai Muka & Cium Pipi Budak Sekolah, Bikin Netizen Bengang!

10
SHARES
pemandu bas

Seorang pemandu bas yang memuat naik rakaman video penumpang bas yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’, ditahan di Simpang Renggam, jam 2.57 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata penahanan pemandu bas berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang.

Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!

PEMANDU BAS DITAHAN ‘CRUSH’ PELAJAR SEKOLAH

pemandu bas

Gambar: Tangkap layar perkongsian di X mengenai foto murid dimuat naik pemandu bas sekolah

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

“Semalam, Polis Kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan polis dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.

“Suspek memuat naik rakaman video ke akaun media sosial TikTok dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Baca juga: Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!

Dalam pada itu, Kumar berkata, pemandu bas itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membawa maksud seksual mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa sahaja cara secara berulang atau kerap.

Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.

“Bagi kedua-kedua kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali selain denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, Kumar menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti, perkembangan emosi serta fizikal anak-anak supaya perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dikesan awal selain pelakunya dikenakan tindakan undang-undang.

Baca juga: Bimbang Tengok Tulisan Anak ‘Buruk’ & Masih Terkial-Kial Pegang Pensel, OT Dedah Ini Puncanya!

Tular rakaman pemandu bas ‘crush’ terhadap murid sekolah

Sebelum ini, seorang individu di laman X, telah memuat naik beberapa gambar tangkap layar seorang pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ hingga tular di media sosial.

Ciapan tersebut, secara tidak langsung telah mendapat perhatian Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Yang Berhormat di laman X beliau semalam, menegaskan bahawa perlakuan tersebut adalah tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi.

Ekoran itu, beliau telah mengarahkan pegawainya di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis dengan kadar segera.

Baca juga: Biar Lebih Fahami Al-Quran, Ini 6 Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Arab!

Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ yang mempunyai lebih 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah dengan wajah pelajar jelas kelihatan.

Susulan itu, hantaran tersebut telah mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Baca juga: Cubaan Anak 3 Tahun Bodek Abahnya Untuk Belikan Beg, Hati ‘Netizen’ Ikut Cair Sama!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Alias Abd Rani / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×