Asuh

Cikgu…Ini 11 Cara Atasi Murid Mengantuk Dalam Kelas, Terus Segar Mata!

7
SHARES
cara hilangkan mengantuk

Ramai anak murid sering tidur dalam kelas? Cikgu jangan risau, terdapat pelbagai cara hilangkan mengantuk murid yang menarik untuk dicuba sewaktu sesi pembelajaran. Mari lihat 11 cara hilangkan mengantuk seperti dicadangkan Sinar Bestari ini.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

CARA HILANGKAN MENGANTUK DALAM KELAS

cara hilangkan mengantuk

Gambar: gpointstudio

1. In charge

Berikan pilihan kepada murid tentang kaedah pembelajaran yang mereka mahukan pada hari tersebut. Antara pilihan yang boleh diberikan seperti kuiz, pembentangan kertas mahjong, menonton dan mengulas video serta sebagainya.

Kaedah pembelajaran tak semestinya guru sahaja boleh tetapkan, murid pun boleh bagi pandangan sama, asalkan masih di landasan yang betul dan dibenarkan.

2. Aktiviti didik hibur

Menerapkan input dan maklumat dengan cara yang santai dan menggembirakan seperti aktiviti didik hibur ini dapat hindarkan murid dari rasa mengantuk.

Sambil bermain atau beraktiviti, mereka menjadi ralat dan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang belajar.

3. 10 minute rule

Peraturan 10 minit, di mana guru tidak bercakap lebih daripada 10 minit. Guru perlu berhenti selepas 10 minit dan berkomunikasi atau melakukan aktiviti dengan murid.

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

4. Ambient light

Pastikan langsir terbuka atau berwarna cerah agar cahaya matahari semula jadi dapat masuk. Suasana kelas yang kelam kerana ditutup langsir tebal atau berwarna gelap boleh menjadi faktor murid mengantuk.

5. Energizer

Cara hilangkan mengantuk di dalam kelas yang seterusnya ialah energizer. Di mana, aktiviti ringkas ini memerlukan pergerakan fizikal dalam cara yang menyeronokkan.

Pada masa yang sama, ia dapat merangsang minda murid menjadi cergas.

6. Hands on

Berikan ruang untuk murid menulis, melukis dan menghasilkan sesuatu menggunakan alat. Hal ini kerana, murid banyak menggunakan fizikal dan mudah faham apa yang diajarkan.

Baca juga: Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!

7. Penghasilan karya

cara hilangkan mengantuk

Gambar: freepik

Wujudkan ruang kepada murid dengan beri lebih usaha dalam menghasilkan atau mengubahsuai persembahan input pembelajaran.

Kalau nak tahu, terlalu banyak mendengar dan melihat sahaja tanpa menghasilkan sesuatu akan membuatkan murid mudah mengantuk.

8. Pembacaan beriirama

Berikan murid membaca beberapa potong ayat atau maklumat secara berirama. Cara ini juga dapat menyegar mata murid dan menghilangkan mengantuk mereka.

9. Minum air

Pada setiap 30 minit, beri ruang dan masa untuk murid minum air agar dapat menyegarkan mereka.

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

10. Pembelajaran berbalik (flipped learning)

Tiada maklumat sedia ada menjadikan murid perlu mengambil masa lama untuk menghadam tajuk yang diajar.

Oleh itu, guru berikan tugasan awal sebelum masuk kelas agar murid lebih bersedia untuk perbincangan dan pengesahan pemahaman sahaja.

11. Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Penggunaan alat teknikal dan media ICT adalah lebih menarik bagi murid berbanding teks kosong. Jadinya, murid lebih mudah memberikan perhatian.

Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!

Sumber: Sinar Bestari

FT Image: Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×