Asuh

Wanita Terkejut Servis Hantar Anak Ke Sekolah Caj ‘Cekik Darah’, RM400 Untuk Hantar Jarak Kurang 10KM!

7
SHARES
van sekolah

Mempunyai perkhidmatan penghantaran anak ke sekolah adalah sangat memudahkan ibu bapa terutamanya apabila kedua-dua mereka bekerja. Sudah semestinya servis seperti van sekolah atau kereta sekolah ini mempunyai caj tertentu yang perlu dibayar oleh ibu bapa.

Namun, apa yang dialami oleh seorang wanita dan juga ibu ini adalah dia terkejut dikenakan caj sebanyak RM400 bagi perkhidmatan penghantaran anaknya ke sekolah. Banyak juga!

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

IBU TERKEJUT SERVIS VAN SEKOLAH CECAH RM400 SEBULAN, JARAK DEKAT!

van sekolah

Foto hiasan: AWANI

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Thread @energy_baz, dia bertanyakan kepada pengguna lain adakah normal harga sebegitu. Jelas wanita berkenaan, caj sebanyak RM400 tersebut adalah hanya untuk urusan penghantaran sahaja serta jarak yang kurang daripada 10 kilometer (km) bagi tempoh Isnin hingga Jumaat untuk seorang anak.

Malah, melalui tangkap layar perbualan bersama penyedia perkhidmatan tersebut, anak wanita berkenaan akan dihantar menggunakan kereta. Namun, sebaik sahaja dia mengetahui harga yang dikenakan adalah sebanyak RM400 sebulan, dia dilihat memohon maaf kerana harga tersebut di luar bajetnya.

“Terkejut sekejap tengok harga. Normally, berapa range harga untuk transport anak ke sekolah? Hantar sahaja dan jarak kurang dari 10km,” tanya wanita itu menerusi ruang kapsyen.

Mengintai ke ruangan komen, tidak ketinggalan pengguna media sosial mempunyai pendapat tersendiri mengenai situasi berkenaan. Ada yang beranggapan harga RM400 itu agak mahal dan disifatkan sebagai melampau. Malah, ada yang turut berkongsi harga yang dibayar oleh mereka sendiri yang dilihat jauh lebih murah iaitu bawah RM100.

“LOGIK JE KOT, SELESA DAN NAK JAGA MAINTENANCE LAGI..”

van sekolah

Foto: Freepik

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang merasakan harga sebegitu amat berpatutan apatah lagi anak wanita tersebut dihantar menggunakan kereta.

“Ini bersamaan dengan RM20 sehari selama 20 hari sekolah (RM10 pergi. RM10 balik), berbaloi la. Nak jaga maintenance lagi..“-netizen.

Namun, ada pengguna yang berpendapat wanita tersebut boleh membuat semakan menerusi aplikasi e-hailing bagi melihat harga sebenar kos penghantaran ke sekolah anaknya dan membandingkan kos tersebut dengan caj RM400 itu. Kongsi wanita itu, berdasarkan semakannya menerusi aplikasi berkenaan, harga sebulan bagi jarak dari rumah ke sekolah hanyalah sekitar RM200 sebulan.

“Kalau check rate (kadar) Grab ke sekolah pada waktu yang sama, baru je RM9 ke RM10, kira-kira untuk sebulan RM200. Tambahan RM200 tu takkan la kita yang kena cover maintenance cost kereta dia, sebab tu pada mulanya saya terkejut,” katanya lagi.

*Anda semua rasa bagaimana?

Baca juga: “Ini Baru Betul”- Beri Tips Lintas Jalan & Kaburkan Wajah Murid, Abang Van Sekolah Raih Pujian!

Sumber: Foto hiasan BERITA HARIAN & AWANI , Threads @energy_baz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×