Famili

“Ini Baru Betul”- Beri Tips Lintas Jalan & Kaburkan Wajah Murid, Abang Van Sekolah Raih Pujian!

9
SHARES
van sekolah

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes seorang pemandu bas sekolah memuat naik konten berbaur gangguan seksual kepada kanak-kanak dan sudah diambil tindakan. Tapi kali ini berbeza kerana ada sinar baharu apabila abang van sekolah pula menjadi siulan ramai.

Tiada unsur seksual dan bukan hanya konten semata-mata, video abang van sekolah di Tiktok ini mendapat pujian netizen! Kenapa ya?

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

ABANG VAN SEKOLAH RAIH PERHATIAN, DIPUJI SERING TITIP PESANAN UNTUK MURID

van sekolah

Tular di laman media sosial Tiktok dan mendapat pujian ramai adalah seorang pemandu van sekolah menghasilkan konten yang menarik tentang kerjayanya. Individu yang bernama Aman Fadhli di Tiktok ini mengambil kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa budak sekolah kepadanya sebagai pemandu van sekolah di Johor Bharu dan menghasilkan konten bermanfaat.

Seperti apa yang dimuat naik, menerusi video dashcam dalam van sekolah, awalnya kelihatan dia ketika itu sedang menjalankan tugas untuk menghantar seorang murid lelaki ke rumahnya. Namun apa yang mencuri tumpuan, sebaik sahaja sampai ke destinasi yang dituju Aman segera memberi pesanan kepada pelajar berkenaan untuk melintas jalan dengan cara yang betul.

“Sebelum turun, tengok kiri, tengok kanan..baru lintas..” katanya.

Lebih mendapat pujian adalah, video yang dimuat naik mempunyai wajah kanak-kanak tersebut akan dikaburkan atas faktor umur kanak-kanak dan keselamatan mereka. Setelah murid sekolah tersebut masuk ke dalam kawasan sekolah barulah dia akan meneruskan perjalanan dna berlalu pergi.

“Setiap hari kita pesan. Budak-budak lain pun kita pesan juga. Kalau kita nak reverse (undurkan van), kita suruh di lalu depan. Kalau kita nak ke depan, kita suruh (pelajar) lalu belakang. Alhamdulillah masing-masing dengar cakap.”

Bukan itu sahaja, Aman juga ada berkongsi tips tentang keselamatan murid-murid yang menaiki van dan bas sekolah menerusi lama Tiktoknya seperti cara menunggu, menaiki, dan turun dari bas. Sudah semestinya selepas kecoh dengan insiden ‘abang bas’ beberapa minggu lepas, ramai dalam kalangan netizen menarik nafas lega apabila munculnya pemandu van sekolah yang normal dan mempunyai akhlak terpuji.

“INI BARU BETUL!”

@ceoofbassekolah Setiap hari kita pesan. budak2 lain pun Kita pesan jugak. kalau Kita nak reverse, Kita suruh dia lalu depan, kalau Kita nak ke depan, Kita suruh lalu belakang. alhamdulillah masing2 dengar cakap. kalau tak, abam memang jerit. hahaha #bassekolah #bassekolahmalaysia #AbamBasSekolah #pasirgudang #kotamasai ♬ Big Dawgs – Hanumankind & Kalmi

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji tindakan Aman apabila mengaburkan wajah kanak-kanak itu agar identitinya tidak didedahkan sebelum memuat naik video di media sosial.

Malah mereka juga turut menghargai usaha pemandu itu kerana kerap memberi pesanan kepada pelajar setiap kali mereka ingin melintas jalan. Bukan sahaja menjadi tugas mak ayah namun menjadi tugas orang sekeliling anak-anak itu juga.

“Konten ni baru betul, bagi tips melintas, jadi budak-budak dalam tiktok ni pun boleh praktis pesanan abang bas”

“Terima kasih abang van, bekerja penuh ihsan”

*Semoga dengan adanya insan sebegini dapat memberikan manfaat kepada kehidupan seharian serta menjadi contoh. Ini merupakan tanggungjawab yang bukan mudah dipikul dan bukan semuanya dalam hidup boleh dijadikan bahan ketawa. Syabas abang van sekolah!

Baca juga: 39 Kerjaya WORK FROM HOME Lelaki Boleh Buat, Tak Keluar Rumah Pun Boleh Tolong Isteri!

Sumber: Tiktok @amanfadhli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×