Tular di aplikasi TikTok beberapa hari lepas apabila seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah dengan menggunakan nama ‘Abang bas’, menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Mengejutkan bahawa konten yang dipaparkan dalam akaun Tiktoknya bukan hanya satu video, malah lebih dari sepuluh dan mendapat tontonan berjuta!
Baca juga: Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh
ABANG BAS TIKTOK BUAT AKAUN BAHARU DAN PERTAHAN DIRI?
Pemandu bas berusia 24 tahun itu sudah ditahan reman selama lima hari untuk disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membawa maksud seksual mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa sahaja cara secara berulang atau kerap.
Menurut polis, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.
Namun, terbaharu di laman Tiktok adalah secara tiba-tiba wujud akaun baharu dengan nama @mohdnrhadhim1 dipercayai milik abang bas yang sama, tampil membuat permohonan maaf dan masih mempertahankan diri atas segala perbuatannya. Kenyataan adalah seperti di bawah.
Akaun baharu yang baru diwujudkan sehari lepas ini turut dipersoalkan ramai sama ada akaun Tiktok abang bas yang sebenar ataupun tidak. Namun, di ruangan komen masih dibanjiri dengan komen yang turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan olehnya di mana, ramai yang anggap perbuatan itu NORMAL dan merasakan ABANG BAS TAK BERSALAH.
*Aneh juga dengan pemikiran orang ramai ya? Anda perlu sedar bahawa walaupun dia menyatakan itu anak saudaranya, tetapi ini bukan ‘green light’ untuk dia merekod dengan mempunyai tujuan paparan video berunsurkan cinta dan seksual. Jika itu anak saudara, boleh sahaja rekod seperti konten anak saudara biasa, kenapa perlu ditujukan sebagai ‘crush’?
Jangan anggap semua benda adalah gurauan dan semoga si pelaku sedar bahawa pemikiran sebegini adalah salah. Kalau perkara ini berlaku kepada anak sendiri, mungkin itulah saatnya baru anda mula celik mata.*
Sumber: Tiktok @mohdnrhadhim1