Asuh

Trend Hantar Anak Ke Sekolah Cina Makin Meningkat, Terutama Dari Kaum Lain!

123
SHARES
sekolah cina

Tidak menghairankan, sekiranya sekolah Cina makin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa kaum lain untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di situ. Hal ini kerana, mempelajari pelbagai bahasa memberi kelebihan besar yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak mereka nanti.

Berdasarkan petikan berita Sinar Harian, kini sedang berlakunya trend peningkatan ibu bapa bukan Cina menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!

SEKOLAH CINA

sekolah cina

Gambar: muka depan Sinar Ahad

Berdasarkan data Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) serta Kementerian Pendidikan (KPM), jumlah murid bukan Cina di SJKC pada 1989 seramai 17,309 bersamaan 3.05 peratus sebelum meningkat kepada 52,043 pada 1998 iaitu 8.66 peratus.

Jumlah tersebut melonjak kepada 72,443 pada 2010 (11.84 peratus) dan 101,011 (19.75 peratus) pada 2020.

Baca juga: 5 Cara Didik Anak Agar Pandai Hormati Guru, Baru Rekod Disiplin Cantik & ‘Clean’!

Baca juga: SMJK & SM (C) Bantah Kelas DLP Sains & Matematik Diajar Dalam Bahasa Melayu

SJKC menjadi pilihan atas beberapa faktor antaranya percaya sekolah itu mempunyai sistem pembelajaran dan disiplin murid yang baik dengan tenaga pengajar berkualiti.

Selain yakin anak mereka bakal memperoleh banyak peluang tertentu sekiranya berjaya menguasai bahasa Cina, ramai ke SJKC kerana sekolah terletak berdekatan dengan kediaman.

Ketika ini murid bukan Cina yang merangkumi Melayu, India, Orang Asli dan warga asing membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah pendaftaran di SJKC seluruh negara.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×