Asuh

SMJK & SM (C) Bantah Kelas DLP Sains & Matematik Diajar Dalam Bahasa Melayu

5
SHARES
kelas DLP

Program Dwibahasa (DLP) yang sebelum ini menggunakan Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah tertentu menjadi perhatian ibu bapa yang terlibat. Disebabkan, kini Kementerian Pendidikan (KPM) mahukan kelas DLP tersebut diajar dalam Bahasa Melayu.

Semalam Harian Metro melaporkan, Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang, membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Baca juga: TOP 20 Sekolah Terbaik SPM, Maahad Tahfiz Negeri Pahang Di Tempat Pertama!

KELAS DLP SAINS & MATEMATIK DIBANTAH GUNA BAHASA MELAYU

kelas DLP

Gambar: KOAY (tengah) pada sidang media membantah pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. FOTO Mikail Ong

Sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik.

Pada masa ini, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan berkata, surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri bertarikh 15 April sudah dihantar kepada pengetua 36 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga 52 SMJK dan SMK.

Beliau berkata, surat itu secara rasmi mengumumkan bahawa salah satu arahan kementerian adalah menguatkuasakan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua SMJK mulai tahun ini.

Katanya, kelas terbabit juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang pelajar.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

“Kami, wakil Lembaga Sekolah dan 11 PIBG sekolah di Pulau Pinang, ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.

“Ia menyebabkan percanggahan besar dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu. Ia juga menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada pentadbiran sekolah.

“Akibatnya, ia menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.

“Dasar ini sama sekali tidak mengendahkan kehendak ibu bapa dan bertentangan dengan hasrat asal DLP, yang sepatutnya memperkukuh dan melengkapkan pelajar dengan lebih baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) untuk meneruskan matlamat ‘pelan induk industri baharu 2030,” katanya.

Menurut Hean Eng, DLP dalam bidang Sains dan Matematik bukan hanya dapat memastikan kesinambungan pelajar antara pendidikan menengah dan pengajian lanjutan di kolej dan universiti malah meningkatkan daya saing pelajar di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya hasrat kementerian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, maka kementerian harus lebih berusaha dalam mereka bentuk semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji semula kaedah pengajarannya daripada menggunakannya (Bahasa Melayu) sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik malah mungkin memberi kesan buruk kepada pelajar yang sudah ‘lemah’ dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Baca juga: Kanak-Kanak Perempuan Autisme 5 Tahun, Ditemui Lemas Di Taman Tema Air!

Sumber: Harian Metro

FT Image (hiasan): TheBorneoPost

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×