Pilu menyelubungi dua buah keluarga apabila lima kanak-kanak maut menjadi mangsa kebakaran di kawasan setinggan di Lorong Burung Keleto, Likas, di sini, tengah hari semalam.
Berdasarkan maklumat awal, lima mangsa itu adalah anak-anak daripada dua keluarga yang berjiran. Di mana, mangsa yang rentung merupakan seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja berusia antara setahun hingga 14 tahun.
Baca juga: Seorang Ibu & 2 Anaknya Dicari, Hilang Selepas Keluar Bercuti, Polis Minta Orang Awam Tampil Bantu
KAWASAN SETINGGAN TERBAKAR RAGUT 5 NYAWA KANAK-KANAK
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Raina Adrian, 1, Raida, 3, dan Raisa, 4, ketiga-tiganya adalah adik-beradik.
Dua lagi anak keluarga jiran yang juga adik-beradik dikenali sebagai Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya Almidah, 14.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kebakaran dilaporkan bermula kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam membabitkan empat rumah dan sebuah gerai.
Katanya, mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian itu.
“Setakat ini, pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat mangsa yang rentung.
“Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Baca juga: Wanita Baru Kematian Suami 10 Bulan Lalu, Kini Ajal Menjemput 2 Anaknya! “Saya Tak Kuat…”
Baca juga: Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari.
Katanya, sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Operasi pemadaman dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan dibantu BBP Kota Kinabalu, BBP Tuaran dan BBP Putatan.
“Operasi terkawal pada jam 1.29 petang dan Pasukan Bomba masih lagi memadam bara-bara api dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan mangsa yang terlibat,” katanya.
Farhan berkata, semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik JBPM,” katanya.
Seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja berusia antara setahun hingga 14 tahun maut dalam kebakaran di kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, di Kota Kinabalu, tengah hari tadi. pic.twitter.com/jpyL2tTOSV
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 30, 2024
Baca juga: Menyayat Hati, Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun & Bayi 3 Bulan Dihanyutkan Kepala Air!
Sumber: Buletin TV3
FT Image: Buletin TV3