Berita kepala air dilaporkan Berita Harian semalam, terhadap tragedi yang berlaku kepada dua beradik di Keningau, begitu menyayat hati.
Menurut sumber, dua beradik membabitkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan bayi lelaki umur tiga bulan hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu, dekat Sook pada Selasa.
Baca juga: Tragis! Rangka Bayi Ditemui Berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass
BERITA KEPALA AIR
Difahamkan mangsa warga Indonesia itu, Norsifah Asrul dan adiknya, Muhd Fadli Asrul dikatakan terlepas daripada pegangan ibu dan bapa mereka ketika rumah kongsi didiami di sebuah ladang sawit dibadai kepala air.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang, adik-beradik itu sedang bersiap-siap untuk dimandikan di ruang tamu rumah kongsi tempat bapa mereka bekerja yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai.
Baca juga: Bekas Pengasuh Baru Bersalin Dipenjara 14 Bulan, Suap Bayi 17 Bulan Makan Secara Paksa!
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata ketika kejadian kepala air tiba-tiba meluru hingga melimpahi tebing dan menghanyutkan rumah kongsi terbabit. Sebelum kejadian berlaku hujan lebat beberapa jam.
“Ketika kepala air menerjah rumah, bayi Muhd Fadli dipegang ibunya, manakala Norsifah dipegang bapanya.
“Bagaimanapun dua beradik terlepas dari pegangan ibu dan bapanya selepas kediaman mereka dirempuh kayu balak yang turut dihanyutkan kepala air dan banjir,” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.
Baca juga: Bapa Hilang Sabar Bertindak Bakar Motor Anak, Gara-Gara Sering Keluar Malam & Tak Dengar Nasihat!
Yampil berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa sedang dijalankan membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penduduk kampung.
“Ketika kejadian Muhd Fadli memakai baju warna putih dan berseluar pendek warna merah jambu, manakala kakaknya memakai gaun berwarna putih dan merah.
“Ibu bapa mangsa yang turut dihanyutkan arus deras selamat, namun mengalami kecederaan dan kini masih di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Nota penulis: Mari kita doakan agar kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat. Aamin!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Buletin TV3