Asuh

Bekas Pengasuh Baru Bersalin Dipenjara 14 Bulan, Suap Bayi 17 Bulan Makan Secara Paksa!

28
SHARES
hukuman penjara

Akibat sengaja mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin mengalami kecederaan fizikal pada Mei lalu, seorang bekas pengasuh taska dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kajang semalam.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid memutuskan demikian selepas tertuduh, Nor A’in Ismail, 24, kekal mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Baca juga: Bapa Hilang Sabar Bertindak Bakar Motor Anak, Gara-Gara Sering Keluar Malam & Tak Dengar Nasihat!

HUKUMAN PENJARA DIJATUHKAN KEPADA PENGASUH TASKA

hukuman penjara

Gambar: Bekas pengasuh taska, Nor A’in Ismail, 24, ketika diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Kajang selepas dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan. – Auzaee Athallah

Mahkamah turut memerintahkan agar wanita yang baharu bersalin dua bulan lalu itu untuk menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh jatuh hukum, iaitu bermula semalam.

Selain itu, tertuduh diperintah bon berkelakuan baik dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran selama tiga tahun dan perintah tambahan iaitu khidmat masyarakat selama 120 jam selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, Nor A’in sebagai seorang yang mempunyai pemeliharan kepada seorang kanak-kanak berusia setahun lima bulan didapati dengan sengaja mendedahkan kanak-kanak itu, yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras, dekat Hulu Langat, Selangor pada 4.15 petang, 28 Mei lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau atau kedua-duanya.

Baca juga: “Terima Kasih Malaysia!”- 2 Hari Je ‘Viral’, Cikgu Berjaya Jejak Anak Murid Hadiahkan Sebekas Karipap!

Peguam bela rayu tertuduh tidak dipenjara kerana ada menyusu anak

Terdahulu peguam S. Priyalatha yang mewakili tertuduh merayu agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara atas alasan tertuduh masih menyusu bayi perempuannya berusia dua bulan.

“Bayi perempuannya juga mempunyai masalah jantung berlubang, manakala anak guam juga sedang menghidap penyakit kanser tiroid tahap dan sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya dan di Institut Kanser Negara.

“Tertuduh sebelum ini merupakan cikgu taska namun telah kehilangan kerja selepas ditangkap berhubung kes ini dan kini ditanggung oleh suaminya yang merupakan seorang jururawat.

“Ketika kejadian, anak guam sedang hamil tujuh bulan dan saya difahamkan dia mengalami ‘mood swing’. Dia benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa depan,” kata peguam itu.

Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faey Jeffrey Lanjungan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran keras bukan sahaja terhadap tertuduh, tetapi kepada kesemua pihak yang menguruskan premis-premis taska.

“Mangsa dalam kes ini bukanlah seorang yang boleh berkata-kata dan mempertahankan diri sendiri.

“Sekiranya kanak-kanak itu merupakan anak kita sendiri diperlakukan sedemikian di bawah jagaan pengasuh yang diberi kepercayaan untuk menjaganya, apakah perasaan kita sebagai ibu bapa? apakah hukuman yang sepatutnya dijatuhkan?” hujahnya.

Mengikut fakta kes, ketika mengambil anaknya dari taska terbabit ibu mangsa telah diberitahu oleh salah seorang guru taska itu bahawa mangsa tidak mahu makan.

Pada masa sama, guru taska tersebut turut mengadu kepada ibu mangsa bahawa tertuduh telah memaksa dan menyuap mangsa dengan kasar dan menunjukkan video mengenai kejadian itu yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

Pengadu turut mendapati terdapat luka kecil pada bahagian luar hidung anaknya sebelum meminta pemilik taska terbabit memulangkan semula deposit yuran dan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Baca juga: Semangat Tinggi Murid PPKI Ini Masuk Pakaian Beragam, Buat Ramai Sebak & Puji “Cantiknya Adik”

Sumber: Utusan TV

FT Image: Auzaee Athallah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×