Menggemparkan! Semalam, seramai 402 orang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kanak-kanak yang berusia antara setahun hingga 17 tahun telah diselamatkan polis menerusi gerakan ‘Op Global’.
Difahamkan serbuan dilakukan di 18 rumah amal di Selangor dan 2 di Negeri Sembilan, yang melibatkan 201 kanak-kanak dan remaja lelaki serta 201 perempuan sebagai mangsa.
Baca juga: Video Tular Pakcik Suap Coklat Ke Anak Buah Guna BIBIR, Ramai Kecam Komen Yang Menyokong!
EKSPLOITASI KANAK-KANAK MELIBATKAN 402 MANGSA DISELAMATKAN!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.
Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun.
Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!
Berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki bahawa ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Turut mendedahkan modus operandi GISBH yang diperoleh berdasarkan risikan polis dan kenyataan mangsa, mangsa mendakwa diajar, dididik untuk meliwat dan seterusnya diliwat oleh penjaga serta dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Malah, mangsa yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal.
Selain itu, terdapat juga dakwaan kanak-kanak didera menggunakan objek seperti sudu panas sebagai bentuk hukuman apabila melakukan kesilapan.
Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
Sehubungan itu, katanya, polis sudah membuka empat kertas siasatan dan satu daripadanya sudah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk melaksanakan pertuduhan.
“Pertuduhan atas satu kertas siasatan ini adalah mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Lain-lain siasatan yang sudah dibuka adalah mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Mencabul Kehormatan) dan beberapa seksyen lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, semalam.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Berita Harian