Seorang pengguna laman Facebook, Helmi Effendy, telah menyuarakan kebimbangannya di atas perbuatan seorang lelaki yang menyuap makanan kepada seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan bibir.
Dalam hantaran tangkap layar bergambar yang dikaburkan Helmi, difahamkan bahawa kanak-kanak itu didakwa sebagai anak saudara lelaki tersebut.
Baca juga: Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh
MENYUAP MAKANAN GUNA MULUT
Selain gambar perbuatan itu, terdapat juga beberapa tangkap layar komen di ruangan video tersebut yang menyatakan bahawa perbuatan tersebut sebagai “comel, manis”.
Malah, seorang daripada mereka secara berseloroh menawarkan diri untuk bertukar tempat dengan anak saudara itu dek kerana wajah bapa saudara yang kacak.
“Adik jom tukar tempat.
“Swap dik.
“Pakcik handsome sangat nak buat macam mana.
“Alolo comelnya lahai, sweet pula tu,” antara komen warga maya yang berbaur kurang manis.
Baca juga: Parents Boleh Mula Ajar Anak Perempuan Pakai Coli Pada Umur INI, Kena Mula Awal Supaya Tak Kekok!
Apa yang mengejutkan Helmi lagi, video itu telah mencapai sehingga jutaan tontonan dan kebanyakan orang meninggalkan komen yang menyokong keintiman itu, yang digelarnya sebagai ‘pedophile enablers‘.
Makluman, video TikTok itu direkodkan pada tahun 2022, tetapi ia kembali tular di media sosial berikutan penahanan Abang Bas baru-baru ini.
Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
Hantaran Helmi Effendy
Dekat TikTok ada satu lagi video viral.
Video itu, seorang anak kecil yang aku dah censored muka dia, makan coklat dari bibir pakcik dia dan mak dia dengan selamba menaikkan video itu dekat media sosial.
Komen yang aku baca semua jijik. Pakcik tu handsome sebab itu nak tukar tempat, ada yang mintak tukar tempat dengan pakcik dia dan banyak lagi.
Aku cuma nak cakap…
Gila sakit sangat dah masyarakat Malaysia ini. Mereka dah tak kenal mana satu sentuhan selamat. Mereka dah tak kenal nak gurau-gurau berbaur seksual, berbaur hubungan cinta untuk budak semuda ini.
Aku bila masuk video begini, aku jangkakan komen menegur etc, tapi tak ada. Video dah ditonton 2 juta orang, tak akan tak ada seorang pun yang ada common sense?
Sekarang fahamlah aku kenapa banyak betul PDF Enabler masa kes abang Bas hari itu.
Baca juga: Sampai Umur Berapa Ayah Boleh Uruskan Anak Perempuan Mandi? Ini Mak Ayah Kena Tahu!
Orang ramai terkejut apabila perbuatan tersebut dianggap normal!
Pengguna media sosial yang melalui hantaran Helmi juga terkejut melihat ramai warga maya yang membolehkan tindakan grooming kanak-kanak itu.
“Patutlah banyak kes haruan makan anak. Dikalangan orang Melayu yang Islam pula tu. Tengoklah betapa memualkan baca komen-komen itu. Seriously, kena buat kempen kesedaran.
“Saya pernah tegur salah seorang kenalan yang up video anak perempuan tak berbaju di status WhatsApp. Saya tanya, pernah dengar tentang Pedophilia tak? Dia jawab “tak”. Patutlah ramai yang enabler perkara-perkara macam ini, tak cakna tentang kes-kes pedo.
“Makin parah kalau ramai lagi yang tak ada kesedaran tentang child grooming/sexual grooming, sebab itu membaca dan menuntut ilmu sampai ke mati.
“Child grooming ini perlu diperluas. Ada orang dewasa yang masih belum sedar atau tahu pasal perkara ini. Untuk anak-anak dan remaja perempuan, perkara ni sangat membimbangkan,” antara komen yang ditinggalkan.
Baca juga: Guna Ayat Yang Salah Ketika Tegur Anak, Boleh Jadi Punca Timbul Cemburu dan Dengki
Sumber: Helmi Effendy
FT Image: Helmi Effendy