Seorang wanita yang baru sahaja ‘hilang’ suami sejak 10 bulan lalu, kini kehilangan dua anaknya akibat kemalangan maut di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.
“Saya tak kuat, baru 10 bulan abah mereka pergi, ini pula saya kehilangan dua anak,” ujar ibu tunggal, Norizan Ujak, 40.
Baca juga: Menyayat Hati, Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun & Bayi 3 Bulan Dihanyutkan Kepala Air!
KEMALANGAN MAUT RAGUT 2 NYAWA ANAK
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Norizan yang melihat sendiri nahas membabitkan anaknya di depan mata berkata, dia hanya mampu menjerit ‘Ya ALLAH anak aku’ apabila melihat motosikal yang ditunggangi anaknya merempuh tong sampah pukal roro berwarna biru menyebabkan mereka terpelanting.
Menurutnya, ketika kejadian dia mengekori mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
Baca juga: Tragis! Rangka Bayi Ditemui Berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass
Anak-anak ditimpa nahas ketika menuju ke pusara suami
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini, pada malam Isnin.
Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Katanya, lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sisa pokok ditebang didakwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.
“Malah, ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu. Di mana, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Baca juga: Bekas Pengasuh Baru Bersalin Dipenjara 14 Bulan, Suap Bayi 17 Bulan Makan Secara Paksa!
Sumber: Sinar Harian