Famili

Hasrat Memancing Tak Kesampaian, Anak Yatim Usia 6 Tahun Maut Terjatuh Dalam Kolam Takungan

kolam takungan

Aktiviti memancing yang sepatutnya menjadi pengalaman biasa bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam kolam takungan di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, Johor pada Rabu.

Baca juga: “Sepatutnya Mak Ayah Saksi Saya Konvo, Tapi Saya Saksi Mereka Masuk Liang Lahad”- Sebak…Husna Sempat Video Call Sebelum Tragedi

KANAK-KANAK LELAKI DITEMUKAN MAUT DALAM KOLAM TAKUNGAN

kolam takungan

Gambar Sinar Harian: Mangsa, Esikandar Putra Rohaizad.

Lebih menyedihkan, mangsa dikenali sebagai Esikandar Putra Rohaizad merupakan anak yatim berdaftar di Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Anak Yatim Islam Johor.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 10.17 pagi.

Baca juga: Tragedi Kolam Kumbahan Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Sibu Jaya, Dua Beradik Antara Yang Lemas

Kanak-kanak enam tahun terjatuh ketika memancing

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang berkata, seramai enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati mangsa sudah terjatuh ke dalam kolam takungan sebelum operasi menyelamat segera dijalankan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati seorang mangsa kanak kanak lelaki telah terjatuh ke dalam kolam takungan.

“PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan stretcher bagi membawa mangsa keluar dari kolam tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Pekerja Pembersihan Maut Digilis Ketika Bertugas Cari Rezeki, Saksi Kongsi Detik Cemas!

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

kolam takungan

Pasukan bomba menggunakan tali dan pengusung bagi membawa keluar mangsa dari kolam takungan.

Bagaimanapun, usaha menyelamat itu berakhir dengan berita menyedihkan apabila mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir.

Operasi menyelamat tersebut kemudiannya ditamatkan pada jam 11.25 pagi.

Kejadian ini menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memastikan keselamatan anak-anak, terutama ketika mereka berada berhampiran kawasan berair seperti kolam, sungai dan tasik.

Baca juga: Memancing Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Terjatuh Loji Air

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×