Terkini, kes orang hilang. Polis meminta bantuan orang ramai untuk tampil ke balai polis, sekiranya mempunyai maklumat atas kehilangan tiga beranak iaitu seorang ibu warga Indonesia dan dua anaknya.
Melalui laporan Sinar Harian, tiga beranak tersebut dilaporkan hilang selepas keluar bercuti, pada dua minggu lalu.
Baca juga: Wanita Baru Kematian Suami 10 Bulan Lalu, Kini Ajal Menjemput 2 Anaknya! “Saya Tak Kuat…”
ORANG HILANG TIGA BERANAK DICARI
Wanita itu dikenali sebagai Ernawati Rajagukguk berusia 36 tahun bersama anak perempuannya, Farisha Jan Mohamed Faiz Khan berusia sembilan tahun dan anak lelakinya, Firaz Khan berusia enam tahun.
Kali terakhir mereka dilihat pada 13 September lalu ketika mereka dikatakan keluar bercuti ke Melaka dan sepatutnya pulang pada 16 September.
Baca juga: Menyayat Hati, Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun & Bayi 3 Bulan Dihanyutkan Kepala Air!
Baca juga: Tragis! Rangka Bayi Ditemui Berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass
Laporan dibuat bekas suami wanita itu di Balai Polis Tanjung Rambutan, Ahad lalu selepas usaha mengesan ketiga-tiganya gagal.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan memaklumkan usaha mengesan tiga beranak itu sedang dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tiga beranak itu boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ferdaus Jahya di talian 019-7130163 atau 05-5331222 (Balai Polis Tanjung Rambutan) dan 05-2451500 (Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh) bagi membantu siasatan,” katanya di sini pada Jumaat.
Baca juga: Bapa Hilang Sabar Bertindak Bakar Motor Anak, Gara-Gara Sering Keluar Malam & Tak Dengar Nasihat!
Sumber: Sinar Harian