Euforia Bola 2026
Famili

Tragedi Awal Pagi…Demi Selamatkan Keluarga, Isteri Masuk Semula Rumah Sebelum Tiga Ditemui Rentung!

3 sekeluarga

Tragedi awal pagi di Kampung Darau Manggatal, Kota Kinabalu bertukar memilukan apabila 3 sekeluarga ditemukan rentung selepas kebakaran rumah berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, Jumaat.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 67 tahun, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 29 tahun. Ketiga-tiganya ditemukan di lokasi berbeza, masing-masing di dalam bilik serta berhampiran pintu keluar menuju ke tangga.

Baca juga: “Dia Tunggu Dulu, Tak Manis Potong Queue”– Wanita Ini Selamba Tunggu Black Thorn Gugur, Siap Ditemani Pocong!

USAHA MENYELAMAT BERAKHIR TRAGEDI, 3 SEKELUARGA RENTUNG

3 sekeluarga

Keadaan api yang marak memusnahkan sebuah rumah dan menyebabkan tiga mangsa rentung dalam kejadian di Kampung Darau Manggatal, Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 pagi sebelum 13 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Operasi memadam kebakaran dijalankan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati tiga mangsa ditemui dalam keadaan rentung, manakala seorang mangsa lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan akibat melecur.

Baca juga: Percutian Bertukar Tragedi, Identiti 3 Beranak Dikenal Pasti… Maut Dilanggar Lori Imigresen

3 sekeluarga

Keadaan rumah yang musnah akibat kebakaran di Kampung Darau Manggatal, Kota Kinabalu.

“Menurut maklumat awal, kesemua mereka anak beranak termasuk melibatkan seorang cucu. Difahamkan, semasa kejadian, seorang lelaki dikatakan melecur ketika cuba menyelamatkan diri dan dalam masa sama, isterinya masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan nenek dan bapa saudaranya sebelum ketiga-tiga ditemukan rentung.

“Seorang mangsa rentung ditemukan di dalam bilik manakala dua lagi ditemukan berhampiran pintu keluar menuju ke tangga,” katanya.

Noor Sherriyana berkata, mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya. Mangsa yang mengalami kecederaan pula dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Operasi di lokasi ditamatkan pada jam 5.19 pagi selepas pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada lagi risiko atau bahaya lain.

Kejadian itu kini dalam tindakan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti punca kebakaran.

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×