Euforia Bola 2026
Famili

“Tiga-Tiga Pergi Sekali” – Dua Beradik Ditemui Berpelukan Di Sisi Ibu, Maut Dalam Kebakaran Rumah

RUMAH TERBAKAR

Tragedi rumah terbakar di Taman Titiwangsa, di sini, meragut nyawa tiga beranak, malah dua beradik lelaki ditemukan berpelukan di sisi ibu mereka.

Bapa kepada kedua-dua mangsa, Khairul Nizam Wahid, 50, berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan tersebut selepas anggota bomba menemui ketiga-tiga mangsa di dalam sebuah bilik.

Baca juga: “Saya Tak Suka Kehadiran Anjing” – PU Riz Kongsi Pandangan, Minta Orang Awam Tak Perlu Pelihara Anjing

RUMAH TERBAKAR, 2 BERADIK BERPELUKAN DI SISI IBU

RUMAH TERBAKAR

“Mereka ditemui berhampiran tingkap, tiga-tiga pergi sekali, semoga mereka mati syahid,” jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.44 malam itu, isteri Khairul Nizam, Noraini Ibrahim, 49, maut bersama dua anak lelaki mereka, Khairul Nur Haziqq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nur Hadiff, 11.

Menurut Khairul Nizam, dia baru sahaja tiba di rumah sekitar jam 10.30 malam selepas keluar minum bersama dua jirannya di sebuah restoran berhampiran.

Katanya, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dia menyedari terdapat api kecil pada sofa di ruang tamu sebelum keadaan bertukar menjadi lebih buruk.

“Saya terus menarik sofa itu dan tiba-tiba api dah marak, isteri sempat menghubungi saya bertanya apa yang berlaku, saya jawablah rumah terbakar beberapa kali dan kemudiannya dia terus senyap.

“Saya cuba hendak buka pintu dapur tapi gagal sebab asap dah terlalu tebal jadi saya pun tidak dapat naik ke atas dan terus keluar memanggil jiran meminta bantuan,” katanya.

Dalam usaha menyelamatkan keluarganya, Khairul Nizam berkata, seorang jirannya yang merupakan warga Pakistan turut cuba memanjat bumbung untuk masuk ke rumah, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Terkilan tak dapat bantu selamatkan orang tersayang

RUMAH TERBAKAR

“Saya terkilan sebab tak dapat selamatkan mereka, kalau boleh nak gadai nyawa sendiri, tapi tangga tiada, saya tidak boleh panjat dari luar,” ujarnya.

Khairul Nizam turut menyifatkan pemergian isteri dan dua anaknya sebagai kehilangan yang amat besar buat dirinya, lebih-lebih lagi mereka sekeluarga mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Katanya, mereka juga sering meluangkan masa bersama dengan bermain boling hampir setiap malam, namun aktiviti itu tidak dilakukan pada malam kejadian.

Dalam pada itu, Khairul Nizam memaklumkan bahawa dia akan meneruskan perniagaan katering yang telah diusahakannya sejak lebih 10 tahun lalu.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dijangka disemadikan dalam satu liang lahad di Kampung Bentong Dalam, di sini.

Baca juga: Senaman Yoga Ada Unsur Pemujaan Haram, Ini Fatwa Wilayah Persekutuan Bukan Sekadar Pandangan Peribadi

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×