Euforia Bola 2026
Nur

Senaman Yoga Ada Unsur Pemujaan Haram, Ini Fatwa Wilayah Persekutuan Bukan Sekadar Pandangan Peribadi

senaman yoga

Senaman yoga semakin popular sebagai salah satu aktiviti untuk menjaga kecergasan tubuh badan. Namun, umat Islam perlu lebih berhati-hati.

Hal ini kerana terdapat bentuk senaman yoga yang mengandungi unsur keagamaan dan pemujaan, sekali gus mempunyai hukum berbeza menurut Fatwa Wilayah Persekutuan.

Baca juga: Mufti Jelas Video Viral Wanita Muslim Jadi ‘Dulang Girls’ Di Majlis Kahwin Bukan Islam, Boleh Atau Tidak?

SENAMAN YOGA DENGAN UNSUR PEMUJAAN ADALAH HARAM

SENAMAN YOGA

Amalan yoga yang berasal daripada masyarakat agama Hindu dan menggabungkan pergerakan fizikal dengan unsur keagamaan serta pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam.

Larangan tersebut bukan hanya melibatkan amalan yoga dalam bentuk tertentu, malah merangkumi apa-apa jenis atau bentuk senaman yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan seumpamanya.

Fatwa berkenaan turut mempunyai kedudukan yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam yang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan Subseksyen 34(3) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, fatwa yang telah disiarkan dalam Warta adalah mengikat orang Islam yang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya.

Sehubungan itu, umat Islam di Wilayah Persekutuan mempunyai kewajipan agama untuk mematuhi serta berpegang kepada fatwa yang telah diwartakan tersebut.

Tidak sepatutnya dianggap pandangan peribadi

SENAMAN YOGA

JAKIM turut menjelaskan bahawa fatwa berkaitan yoga yang telah diwartakan tidak sepatutnya dianggap sebagai pandangan peribadi yang boleh diketepikan, khususnya apabila amalan tersebut sedang dipromosikan kepada masyarakat Islam.

Selain larangan terhadap penyertaan dalam amalan yoga yang mempunyai unsur keagamaan, fatwa berkenaan turut menyentuh aspek bahan berkaitan yoga.

Ia melarang pemilikan, penyebaran, pengedaran atau penerbitan bahan dalam pelbagai bentuk yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman yoga.

Perkara tersebut menunjukkan bahawa umat Islam, khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan, perlu mengambil kira kandungan dan unsur yang terdapat dalam sesuatu aktiviti sebelum menyertainya.

Senaman pada asasnya bertujuan menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun, sekiranya sesuatu bentuk senaman turut mengandungi unsur keagamaan atau pemujaan yang bertentangan dengan syariat Islam, umat Islam perlu mengelakkannya.

Baca juga: Haji 2027: 33 Syarikat Dilesenkan Sebagai Pengelola Jemaah, Ini Senarai Penuh PJH Sah Untuk Elak ‘Scam’!

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×