Asuh

Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Klinik, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan

pengasuh wanita

Seorang pengasuh wanita berusia 25 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga: Pernah Johan Taekwondo, Fateh Kini Perlu Belajar Berjalan Semula Selepas Tercekik Belon Ketika ‘Birthday’

PENGASUH WANITA DITAHAN BANTU SIASATAN

PENGASUH WANITA

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk menunggu hasil bedah siasat terhadap bayi terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat awal, ibu kepada bayi berkenaan menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit pada awal pagi sebelum kejadian berlaku.

Bagaimanapun, sekitar jam 9.50 pagi, pengasuh itu mendapati bayi berkenaan berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Bimbang dengan keadaan mangsa, wanita terbabit kemudian membawa bayi itu ke sebuah klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Namun, bayi berkenaan dipercayai telah meninggal dunia sebelum tiba di klinik berkenaan.

Polis tunggu keputusan bedah siasat

PENGASUH WANITA

Pemeriksaan fizikal awal yang dilakukan terhadap tubuh bayi itu tidak menemukan sebarang kesan lebam.

Punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang berkaitan dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya oleh individu yang mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini sementara siasatan pihak berkuasa masih berlangsung.

Baca juga: “Terima Kasih!”- Tunaikan Hasrat Isteri Mengandung Mengidam Naik Kereta Polis, Tindakan Suami Raih Pujian

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×