40 Minggu

“Terima Kasih!”- Tunaikan Hasrat Isteri Mengandung Mengidam Naik Kereta Polis, Tindakan Suami Raih Pujian

KERETA PERONDA POLIS

Hasrat seorang wanita hamil yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila anggota Polis Daerah Seremban sudi memenuhi keinginannya, sekali gus mencipta kenangan manis buat bakal ibu itu sebelum melahirkan anak.

Menerusi perkongsian Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di laman Facebook, warga Polis Daerah Seremban mengambil kesempatan untuk menggembirakan wanita berkenaan dengan merealisasikan hasratnya yang bukan setiap hari dapat dipenuhi.

Baca juga: Pernah Johan Taekwondo, Fateh Kini Perlu Belajar Berjalan Semula Selepas Tercekik Belon Ketika ‘Birthday’

IBU HAMIL MENGIDAM NAIK KERETA PERONDA POLIS

KERETA PERONDA POLIS

Momen istimewa itu turut memperlihatkan sisi keprihatinan anggota polis dalam menyantuni masyarakat, bukan sahaja melalui tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malah menerusi tindakan kecil yang mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain.

“Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban sudi memenuhi keinginannya. Siapa sangka, kereta polis menjadi sebahagian daripada kenangan manis buat bakal ibu ini sebelum menyambut kehadiran cahaya mata,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberikan reaksi positif terhadap usaha suami dan anggota polis dalam memenuhi keinginan wanita berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, zaini369, mengucapkan tahniah kepada suami dan anggota polis yang terlibat, selain mendoakan agar urusan kelahiran bayi dipermudahkan.

“Terbaik dan tahniah buat suami dan anggota, di doakan semoga urusan kelahiran dipermudahkan dan baby dan wife selamat,” pujinya.

Seorang lagi pengguna, hnas1907, turut berkongsi pandangannya mengenai keinginan wanita ketika hamil dan memuji tindakan suami yang berusaha menunaikan hasrat isterinya.

KERETA PERONDA POLIS

“Ya Allah.Tahu tak bila mengidam ni, ni antara benda yang kalau tak dapat, boleh buat murung sampi bersalin. Tahniah suami sis sebab tunaikan hasrat sis,” komen warganet.

Doa untuk ibu hamil semua dipermudahkan

Dalam perkongsian sama, Polis Diraja Malaysia turut menitipkan doa agar bakal ibu berkenaan dipermudahkan segala urusan dan dapat menyambut kelahiran cahaya mata dengan penuh kegembiraan.

Kisah ini menjadi antara contoh bagaimana perhatian dan keprihatinan terhadap perkara kecil mampu meninggalkan kenangan bermakna buat seseorang, khususnya bagi bakal ibu yang sedang melalui fasa kehamilan.

Baca juga: “Terima Kasih Sebab Pilih Mommy”- Ucapan Anak Bella Astillah Buat Ramai Tersentuh, Syukur Lihat Ibu Kembali Bahagia

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×