Bagi kanak-kanak bernama Hafiz Hilmy Mohd Nor, 4, ini melihat kereta polis di jalan raya sudah cukup membuatkan dirinya teruja. Minatnya terhadap anggota beruniform dan bunyi siren itu akhirnya membawa kepada satu pengalaman yang cukup istimewa buatnya.
Baca juga: Kesihatan Kian Merosot, Doktor Maklumkan Jangka Hayat Rayyan Hidap 9 Penyakit Tidak Lama…
IMPIAN KANAK-KANAK LEUKEMIA NAIK KERETA POLIS AKHIRNYA TERCAPAI

Gambar Hafidzul Hilmi Mohd Noor: Pesakit Leukemia, Hafiz Hilmy Mohd Nor, 4, bergambar bersama kereta peronda polis (MPV).
Kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan leukemia itu bukan sahaja berpeluang menaiki kenderaan polis sebenar, malah diraikan dalam satu program khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Hasrat berkenaan sebelum ini disuarakan Hafiz kepada bapanya, Hilmy Mohd Nor, 45, sebelum direalisasikan menerusi kerjasama Make-A-Wish Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hafiz memang teruja bila nampak polis
Menurut Hilmy, minat anaknya terhadap dunia kepolisan sudah lama diketahui keluarga. Setiap kali terserempak dengan kenderaan polis, Hafiz pasti menunjukkan reaksi teruja.
“Dia memang suka kereta polis dan polis. Kalau jumpa di jalan pun memang dia teruja, terutama kereta polis, uniform dan bunyi siren.
watan perubatannya,”
“Kalau melihat anggota polis trafik terutamanya, memang dia akan sangat teruja, inilah yang menjadi semangat dia untuk melawan kesakitan,” katanya ditemui selepas diraikan dalam program di IPD Petaling Jaya, semalam.
Hafiz mula melalui perjalanan rawatan sejak Mac lalu selepas pada awalnya disyaki menghidap denggi. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati dia menghidap leukemia.
Dia kemudian menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan kini dilaporkan semakin baik selepas selesai menjalani kemoterapi.
“Doktor cakap keadaan Hafiz sudah semakin baik, cuma rawatan susulan masih berjalan. Kami sekeluarga sentiasa berada di sisi Hafiz sepanjang menjalani rawatan,” katanya.
Bagi Hilmy, kesabaran menjadi antara perkara penting yang perlu ada dalam diri ibu bapa ketika menemani anak melalui proses rawatan.
Baca juga: Usia Dah 102 Tahun, Tok Saimah Masih Solat Berdiri! Gemar Menu Rebus & Bebas Penyakit Kronik
Bukan sekadar naik kereta polis

Pengalaman Hafiz ternyata lebih istimewa daripada sekadar menaiki kenderaan polis. Dalam program itu, dia berpeluang menyaksikan demonstrasi tabik hormat dan perbarisan sebelum mengikuti rondaan singkat menaiki kereta polis sebenar.
Lebih mencuri perhatian, Hafiz turut menerima sebuah kereta polis bersaiz kanak-kanak yang boleh dipandu sendiri.
Pengalaman itu direalisasikan menerusi Make-A-Wish Malaysia bersama PDRM di IPD Petaling Jaya, dengan turut disertai keluarga serta sukarelawan. Hadir sama pada program berkenaan ialah Penaung Diraja Make-A-Wish Malaysia, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan berkata, setiap hasrat yang berjaya direalisasikan memberi ruang kepada kanak-kanak berdepan penyakit kritikal untuk melupakan seketika cabaran yang dilalui dan menikmati detik kegembiraan.
Minat Hafiz terhadap polis juga menjadi titik yang menyatukan PDRM, keluarga, sukarelawan dan penyokong untuk menghasilkan pengalaman tersebut.
“Harapan kami, pengalaman ini dapat membantu Hafiz dan keluarganya membina ketabahan ketika meneruskan rawatan perubatannya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
