Euforia Bola 2026
Sihat

Kesihatan Kian Merosot, Doktor Maklumkan Jangka Hayat Rayyan Hidap 9 Penyakit Tidak Lama…

9 penyakit

Perkembangan Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid atau nama manjanya Rayyan, 12, yang menghidap 9 penyakit dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Lebih meruntun hati ibunya, Annur Syakirah Mahazir, 30, apabila doktor memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama dan masih perlu bergantung dengan mesin pernafasan selain makan ubat-ubatan untuk terus hidup.

Baca juga: Lebihan Kulit Berbiji Tumbuh Lepas Tamat SPM, Kak Noor Dilahirkan Normal Anggap ‘Hadiah’ Daripada Allah

RAYYAN HIDAP 9 PENYAKIT DIMAKLUMKAN JANGKA HAYAT TIDAK LAMA

9 penyakit

Gambar ihsan Annur Syakirah Mahazir: Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid memerlukan dana bagi membeli bateri mesin CPAP.

Rayyan kembali ke rumah selepas tiga hari di hospital

Menurut Annur Syakirah yang berstatus orang kurang upaya (OKU) pendengaran akibat pekak telinga kanan, Rayyan dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas kesihatannya merosot dan ditempatkan di zon merah selama beberapa jam.

Dia kemudian ditahan selama tiga hari di wad separa Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan.

“Sejak kebelakangan ini, kesihatan Rayyan tak berapa baik kerana sering diserang virus dan dia sebenarnya masih dalam rawatan pemantauan pakar jantung dan paru-paru.

“Disebabkan itu, Rayyan masih perlu bergantung hidup dengan mesin dan tiada apa boleh dibuat kerana keadaan kesihatannya agak berisiko malah boleh menyebabkan kematian atau terlantar.

“Kelmarin (Isnin), Rayyan baru keluar dari hospital tapi kena makan antibiotik selama empat bulan… dia dinasihatkan pulang ke rumah kerana takut virus lain menyerang di hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Baca juga: Berat Ujian Ditanggung, Ibu Bapa OKU Besarkan Anak Usia 12 Tahun Ada 9 Masalah Kesihatan!

Ambil upah menjahit bantu suami cari nafkah

Bagaimanapun, kepulangan Rayyan ke rumah di Kampung Padang Gelanggang bukan bermakna keperluan rawatannya berkurangan.

Bateri mesin Tekanan Positif Saluran Pernafasan Berterusan (CPAP) yang digunakannya kini perlu diganti dengan kos kira-kira RM4,000.

Selain itu, keluarga berkenaan turut memerlukan air steril yang lebih bersih berharga RM200 seminggu serta picagari pakai buang berjumlah RM100 untuk kegunaan seminggu.

“Itu tak termasuk kos lain, cuma ada yang perlu didahulukan dan ditangguh.

“Kalau ada duit memang nak beli tapi agak susah kerana suami Mohd Yazid Lazim, 35, tiada pendapatan tetap kerana hanya mengambil upah melakukan kerja kampung.

“Walaupun suami OKU penglihatan akibat masalah kornea pada mata kiri, dia tetap berusaha mencari nafkah buat kami sekeluarga.

“Sekarang, kami kena pantau Rayyan kerana dia dalam fasa pemulihan dan kena stabilkan jantung,” katanya yang mengambil upah menjahit bagi membantu suami menyara empat anak mereka.

Rayyan sebelum ini turut dihantar ke sekolah aliran Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), namun keadaan kesihatannya menyebabkan dia tidak dapat hadir ke kelas seperti biasa.

Sembilan penyakit yang dihidapi Rayyan

9 penyakit

Gambar ihsan Annur Syakirah Mahazir laporan media awal Januar: Rayyan bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

Terdahulu, Sirap Limau melaporkan Rayyan menghidap sembilan masalah kesihatan yang melibatkan jantung, saluran pernafasan dan paru-paru. Antaranya ialah masalah injap jantung bocor, saluran pernafasan sempit, jantung biru serta jantung berlubang dengan tiga lubang.

Dia turut mengalami masalah saluran darah dan jantung terbalik, bilik oksigen kecil, kerosakan satu bilik jantung, kerosakan kedua-dua belah paru-paru serta tekanan paru-paru tinggi.

Rayyan kini dikategorikan sebagai pesakit paliatif dan perlu bergantung pada mesin pernafasan serta ubat-ubatan sepanjang hayat.

Dalam keadaan itu, dia tetap mendapat penjagaan penuh daripada ibu bapanya yang kedua-duanya berstatus OKU.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga Rayyan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 152095965184 atas nama Annur Syakirah Mahazir.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×