Famili

“Terima Kasih Sebab Pilih Mommy”- Ucapan Anak Bella Astillah Buat Ramai Tersentuh, Syukur Lihat Ibu Kembali Bahagia

ANAK BELLA ASTILLAH

Anak Bella Astillah, Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6, mencuri perhatian ramai apabila menyampaikan ucapan istimewa buat ibu dan bapa tiri mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di MITEC, semalam.

Baca juga: Hampir 500,000 Undian Diterima, Pentas Little Star Buktikan Bakat Cilik Dapat Sokongan Ramai!

UCAPAN ANAK BELLA ASTILLAH UNDANG SEBAK RAMAI

ANAK BELLA ASTILLAH

Kedua-dua cahaya mata Bella itu kelihatan anggun dan segak menggayakan busana tradisional Melayu berona merah, sepadan dengan penampilan pasangan pengantin pada majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Ayden meluahkan rasa terima kasih kepada Syed Saddiq kerana menerima Bella sebagai pasangan hidup serta menyayangi mereka berdua dengan penuh keikhlasan.

“Saya Ayden, dari dalam hati ini mengucapkan kepada daddy, kamu hadir dalam kehidupan kami sekeluarga ketika saya masih kecil dan kadang-kadang saya juga tidak memahami apa sedang berlaku.

“Saya cuma melihat mommy bersedih. Sebagai anak lelaki, saya sekarang nampak mommy sudah tersenyum semula dan dengan adanya awak, mommy juga kini banyak ketawa serta sangat gembira.

“Terima kasih sudah memilih mommy dan berikan kami kebahagiaan kembali. Mommy, saya sangat sayangkan awak kerana menjaga kami dengan sangat baik. Kepada daddy, terima kasih menyayangi kami dan mommy.

“Semoga Allah merahmati perkahwinan mommy dan daddy. Saya dan Ara menyayangi kalian berdua, mommy dan daddy,” ucapnya dalam nada sebak.

3000 tetamu hadir memeriahkan majlis

ANAK BELLA ASTILLAH

Selain momen menyentuh hati itu, majlis resepsi berkenaan turut berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan selebriti serta tetamu kenamaan, termasuk pemimpin negara dan barisan menteri.

Pasangan pengantin tampil dalam persalinan tradisional Melayu berona merah sebelum menukar penampilan kepada sut hitam untuk Syed Saddiq dan gaun putih labuh buat Bella.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober lalu.

Selepas majlis resepsi di Kuala Lumpur, pasangan itu dijadualkan meneruskan sambutan perkahwinan menerusi dua lagi majlis bertemakan Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing.

Majlis pertama bakal berlangsung di Muar, Johor pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

Sumber: Threads Heyits.syu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×