Euforia Bola 2026
Suami Isteri

[FOTO] Syed Saddiq & Bella Astillah Sah Bergelar Suami Isteri, Tampil Serba Putih Di Menara Merdeka 118!

walimatulurus bella astillah

Tumpuan ramai hari ini terarah kepada detik istimewa Walimatulurus Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober 2026 di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan ini memilih konsep serba putih dengan sentuhan tradisional serta elemen Islamik, sekali gus menyerlahkan suasana majlis yang cukup indah dan penuh makna dengan jurunikah, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Baca juga: Biodata Syed Saddiq: Pendebat Terbaik Asia & Ahli Politik Muda Berkaliber!

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ DI MENARA MERDEKA 118

walimatulurus bella astillah

Foto: Astro Gempak

Pastinya, detik lafaz akad nikah yang diiringi 7 dulang hantaran dari pengantin lelaki dan 9 dulang hantaran dari pengantin perempuan bertemakan ‘Menua Bersama’ ini telah selesai. Malah ini menjadi momen paling dinantikan oleh keluarga, sahabat handai serta peminat yang mengikuti perjalanan hubungan mereka.

walimatulurus bella astillah

Foto: Astro Gempak

Turut hadir di majlis akad nikah ini juga adalah barisan rakan selebriti, tetamu VIP malah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga bersama untuk meraikan tarikh indah buat pengantin baharu ini.

Untuk rekod, Syed Saddiq melamar Bella pada 28 Mac lalu ketika mereka berada di Gunung Kinabalu, Sabah. Momen istimewa itu menjadi perhatian ramai dan menandakan satu lagi langkah penting dalam hubungan mereka.

walimatulurus bella astillah

Foto: Datuk Seri Dr Wan Azizah/ LIVE Astro Gempak

Foto: Astro Gempak

Bakal Anjur Kenduri Rakyat Di Muar & Sabah

Menariknya, kemeriahan perkahwinan mereka tidak terhenti setakat majlis akad nikah sahaja. Pasangan itu turut merancang untuk mengadakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai berpeluang turut serta meraikan hari bahagia mereka dalam suasana lebih santai dan dekat dengan masyarakat.

Antara yang dirancang termasuk tradisi rewang serta aktiviti memasak bersama-sama, sekali gus menghidupkan semangat gotong-royong yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu.

Usaha itu juga memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk berkongsi kegembiraan bersama pasangan berkenaan, menjadikan perkahwinan mereka bukan sekadar sebuah majlis peribadi, malah turut diraikan bersama masyarakat., kenalan rapat dan tetamu jemputan mula hadir bagi menyaksikan penyatuan dua hati yang bakal memulakan fasa baharu dalam kehidupan mereka.

*SELAMAT PENGANTIN BAHARU!

Baca juga: “Tak Ada Orang Masuk Syurga Seorang Diri” – Ustaz Ahmad Dusuki Jelaskan Hikmah Hidup Berkeluarga

Sumber: Astro Gempak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×