Seorang kanak-kanak lelaki warga Ireland dikenali sebagai Axel mencuri perhatian apabila dilaporkan lebih menggemari makanan Asia Tenggara berbanding menu kanak-kanak biasa yang boleh didapati di negara asalnya.
Menurut penjaganya, Axel mula mengenali pelbagai hidangan Asia ketika mengikuti keluarga bercuti ke Asia Tenggara kira-kira empat tahun lalu.
Baca juga: Pelajar Tingkatan Dua Cedera Dipuk*l Senior Dalam Dorm Asrama Akibat Perselisihan Faham
KANAK-KANAK IRELAND SUKA MAKANAN ASIA TENGGARA

Sejak itu, dia semakin menggemari makanan yang kaya dengan rempah dan rasa, sekali gus membuatkan keluarganya perlu mempertimbangkan cita rasanya setiap kali merancang percutian.
Menerusi perkongsian di media sosial, penjaganya turut berseloroh bahawa mereka seolah-olah perlu meneruskan percutian tahunan ke Thailand, Malaysia dan Vietnam kerana Axel sudah terbiasa dengan makanan tempatan di rantau ini.
Ketika bercuti di Langkawi, Malaysia, Axel berpeluang mencuba pelbagai makanan jalanan di pasar malam buat pertama kali.
Lebih mencuit hati, kanak-kanak itu dilihat begitu teruja untuk mencuba makanan pedas sehingga berkata dia boleh makan makanan pedas.
“I think I can eat spicy!,” katanya.
Antara hidangan yang dinikmatinya termasuk ayam goreng, sate, nasi goreng, ayam bakar, nasi lemak dan karipap.
Menurut penjaganya, sate dan ayam goreng antara hidangan yang mendapat pujian Axel ketika pengalaman berkenaan. Momen itu juga menjadi kenangan manis buat keluarga apabila melihatnya menikmati makanan tempatan dengan penuh selera.

Warganet cadang Axel cuba lebih banyak makanan tempatan
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur melihat minat Axel terhadap makanan Asia Tenggara.
Ada yang berseloroh dengan mencadangkan supaya Axel diperkenalkan pula dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan cempedak, selain pisang goreng serta cendol.
Dalam pada itu, seorang warganet turut berkongsi pengalaman lucu mengenai tabiat pemakanan kanak-kanak dalam keluarganya.
Menurutnya, anak-anak dalam keluarganya sering tidak menghabiskan nasi apabila dihidangkan, tetapi berbeza pula apabila diberikan spageti atau makaroni yang mampu dihabiskan sehingga licin.
Perkongsian itu mencetuskan perbualan santai tentang perbezaan cita rasa kanak-kanak serta bagaimana pengalaman bercuti dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengenali makanan dan budaya masyarakat di negara lain.
Baca juga: Tak Ada Lagi Drama Kejut Anak Bangun Subuh, Ibu Kongsi 5 Amalan Boleh Cuba Sebelum Ke Sekolah
Sumber: TikTok Axel Approves
