Asuh

Tak Ada Lagi Drama Kejut Anak Bangun Subuh, Ibu Kongsi 5 Amalan Boleh Cuba Sebelum Ke Sekolah

CARA KEJUT ANAK

Setiap pagi, ada ibu yang terpaksa mengejutkan anak berkali-kali sebelum mereka akhirnya bangun dari tidur. Namun, cara kejut anak juga sebenarnya boleh mempengaruhi emosi dan mood mereka untuk memulakan hari.

Perkongsian seorang ibu mengenai rutin mengejutkan anaknya baru-baru ini turut menarik perhatian, terutama dalam kalangan ibu bapa yang berdepan situasi sama setiap pagi.

Baca juga: Hukuman Rotan Di Sekolah Tidak Pernah Dimansuhkan, Ada Tatacara Perlu Ikut – Fadhlina

IBU KONGSI CARA KEJUT ANAK, TAK PERLU DRAMA DAH

CARA KEJUT ANAK

Menurut Ikhfa, pada pagi berkenaan anaknya hanya perlu dikejutkan sekali sebelum terus bangun, mandi, berpakaian dan menunaikan solat Subuh.

Sekolah bermula pada 7.30 pagi, namun anaknya sudah bersiap sekitar 6.30 pagi. Disebabkan keadaan di luar masih gelap, anaknya kemudian menemaninya membaca Yasin.

Antara amalan yang dikongsikan Ikhfa ialah:

1. Baca Surah Al-Insyirah sebelum tidur

Ibu membaca Surah Al-Insyirah sebanyak tiga kali, kemudian meniup pada ubun-ubun anak dengan niat agar dipermudahkan untuk bangun dan mendengar kata pada keesokan harinya.

2. Baca ayat ke-12 Surah Al-Kahfi

Selepas anak tidur, ibu mengusap dada sambil membaca, “Fadarabna ‘ala azanihim fil-kahfi sinina ‘adada” dengan niat agar anak tidur nyenyak dan bangun dalam keadaan segar serta ceria.

3. Panggil anak dengan gelaran ‘anak soleh’

Ketika mengejutkan anak, Ikhfa menggunakan panggilan positif seperti, “Idris anak soleh, bangun, dah pagi dah.” Menurutnya, pendekatan itu juga boleh memberi kesan dari sudut psikologi.

4. Bacaan sebelum ke sekolah

Sebelum anak berangkat ke sekolah, dia membaca “Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin” sebanyak tiga kali, diikuti Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 sebelum ditiup pada ubun-ubun anak. Amalan itu diniatkan agar Allah menjaga anak sepanjang berada di sekolah.

CARA KEJUT ANAK

5. Zikir Fatimah ketika anak tantrum

Ketika keadaan menjadi sukar dan dirinya berasa terlalu penat, Ikhfa akan membaca “Subhanallah” 33 kali, “Alhamdulillah” 33 kali dan “Allahu Akbar” 34 kali sambil mengurut dada anak.

Menurut Ikhfa, pernah berlaku keadaan apabila anak yang sedang tantrum terus menjadi tenang, masuk ke bilik air dan mandi selepas dia mengamalkan zikir tersebut.

Katanya, amalan itu bukan sahaja membantu menenangkan anak, malah membuatkan dirinya lebih tenang untuk mengendalikan situasi.

Baca juga: Pernah Nyanyi Depan Permaisuri Agong, Puteri Azalia Buktikan Bakat & Berani Di Pentas Little Star!

Sumber: Threads Cikguefa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×