Tiada siapa yang mahu dilahirkan di dalam situasi keluarga yang porak-peranda. Ia bukan sahaja memusnahkan ahli keluarga sendiri, malah turut mengundang rasa hiba dan simpati pada mereka yang melihatnya seperti jiran tetangga.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi rasa sedih di laman sosialnya. Dia memberitahu akan masalah kehidupan yang dihadapi anak-anak jirannya yang diumpamakan sebagai hidup sebatang kara, ekoran sikap tidak bertanggungjawab kepala keluarga tersebut.
Baca juga: Anak Pemalu Ekstrem Sampai Lari & Nyorok Dalam Baju Mak, Ubah Dia Dengan 10 Perkara Ini!
PORAK-PERANDA KEHIDUPAN ANAK-ANAK JIRAN
“Ada sebuah rumah jiran ini dihuni 6 sekeluarga. Menjadi hal sekarang ini, si ibu bapa mengabaikan persekolah anak-anak mereka,” ujarnya menerusi satu hantaran di sebuah laman page Facebook.
Individu tersebut menyatakan, ketua keluarga tersebut tidak bekerja biarpun masih sihat. Manakala, si isteri berhenti kerja ekoran anak sulung mereka yang berusia 20 tahun melakukan servis penyaman udara sebagai pekerjaannya.
Baca juga: Ibu Sebak Terima Layanan Baik Anak Dari Usia 11, Rajin Hidangkan Makan Minum Ikut Perilaku Suaminya!
Anak kedua bersekedudukan
“Sementara itu, anak kedua tidak berkahwin tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelaki di rumah yang sama. Mereka ada seorang anak lelaki tetapi tidak tahu siapa bapanya.
“Anak ketiga adalah perempuan dan telah berhenti sekolah ketika usia 12 tahun sebab bapanya tidak benarkan mereka bersekolah,” ujarnya lagi.
Anak ketiga dibelasah bapa sebab nak pergi sekolah
Bercerita lanjut, kini anak ketiga itu sudah berusia 14 tahun dan pernah datang merayu ke rumahnya untuk pergi sekolah.
“Bila bapa dia tahu, gadis tersebut dibelasah. Sekarang budak itu jadi liar dan selalu ikut macam-macam lelaki,” cerita individu itu.
Baca juga: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Redah Ladang Sawit Demi Selamatkan Anak!
Anak keempat sekolah sampai darjah 3 dan anak bongsu tidak bersekolah
Sikap jirannya yang enggan memberikan pendidikan secara formal di sekolah, membuatkan individu tersebut berasa sedih akan situasi yang melanda anak-anak itu.
“Anak keempat adalah lelaki dan sekolah setakat darjah 3 sahaja. Paling sedih anak perempuan bongsu mereka berusia 9 tahun pun tidak bersekolah.
“Pihak sekolah pernah datang rumah cakap pasal ketidakhadiran anaknya,” ulasnya sambil menambah anak-anak jirannya itu masih belum berpeluang belajar di sekolah.
Anak sulung tidak pandai membaca dan menulis, sampai termakan daging babi
Individu itu pada mulanya enggan mempedulikan hal anak-anak jirannya kerana bimbang akan berlaku pergaduhan.
Namun, melihat keadaan anak ketiga jirannya yang semakin meliar telah menimbulkan rasa prihatin dalam dirinya.
“Bila saya lihat anak perempuan nombor 3 jadi semakin liar sebab semakin ramai lelaki jemput dan hantar dia balik, risau mula terasa sebab kesian.
“Anak lelaki sulung pula tak reti membaca dan menulis sehinggakan haram dan halal pun dia tidak tahu. Dia pernah datang rumah kami bertanya pasal termakan daging khinzir di kedai cina, gara-gara tidak tahu,” tulisnya yang mahu menyelamatkan anak-anak jirannya itu.
Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!
Reaksi warga maya
Membaca situasi tersebut, warga maya turut bersimpati akan nasib anak-anak jiran pengadu berkenaan yang seperti dianaktirikan.
“Terima kasih jadi tolong jadi jiran yang peka.
“Kasihannya anak-anak, semoga Allah permudahkan urusan membantu semua anak-anak tersebut dan orang tuanya.
“Isu kebajikan anak boleh report kepada jabatan kebajikan masyarakat. Isu pendidikan boleh report kepada jabatan pendidikan. Boleh juga untuk buat laporan polis atas pengabaian sekiranya unsur pengabaian berdasarkan akta kanak-kanak,” antara komen-komen yang ditinggalkan warga maya.
Sumber: Tanya Peguam
FT Image: Google