Asuh

Adik-Beradik Lelaki Sebelah Suami Semua Rajin Belaka, Sampaikan Isteri Terkejut Bukan Kepalang!

41
SHARES
adik-beradik lelaki

Bukan senang nak dapat suami yang rajin melakukan tugas-tugas rumah, apatah lagi dengan pakej adik-beradik lelaki di sebelah suami yang turut mempunyai sifat sama iaitu ringan tulang. Memang rezeki!

Itulah yang berlaku kepada Puan Nazia Suhaimi, apabila dia berasa terkejut melihat sifat rajin yang ditunjukkan adik-beradik lelaki di sebelah keluarga suaminya, semasa baru menjejakkan kaki di dalam keluarga tersebut.

Baca juga: 7 Ciri Lelaki Mandul Fizikal Yang Boleh Dikesan, Jangan Salahkan Wanita Sahaja!

ADIK-BERADIK LELAKI RAJIN BUAT KERJA RUMAH

adik-beradik lelaki

Gambar: Nazia Suhaimi

Secara tidak langsung, timbul rasa untuk memberi didikan yang sama kepada anak-anaknya sendiri untuk melakukan kerja-kerja rumah yang begitu sinonim dengan kaum wanita, agar ia menjadi satu kebiasaan.

Berikutan itu, Puan Nazia cuba menerapkan beberapa langkah kepada anak-anaknya agar tugas-tugas rumah dilakukan sama rata, baik anak lelaki mahupun perempuan.

Baca juga: “Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu” Jangan Aniaya Zuriat Kalau Hak Ini Tak Mampu Disediakan!

Masa saya baru kahwin dengan suami saya, saya sangat terkejut bila tengok adik-beradik lelaki sebelah suami semua rajin belaka.

Bahkan mereka orang yang sangat sibuk bila datang waktu kenduri. Itulah yang basuh daging. Itulah yang siang ayam. Itulah yang jaga menyapu. Itulah yang mengemas. Itulah yang kejap-kejap keluar beli ais, sirap, bawang.

Saya tanya suami saya, apa rahsianya? Dia jawab entah, sebab dari kecil memang semua dah belajar buat kerja rumah. Tak kira lelaki atau perempuan.

Baca juga: Encik Suami Jangan Berani Sembunyi Apa-Apa Tau, Isteri Ni Ada ‘Gerak Batin’ Cepat Boleh Hidu!

Cara aplikasi pada anak-anak buat kerja rumah tanpa kira perbezaan jantina

Jadi kami pun cuba cari cara untuk didik anak-anak kami, tak kira lelaki mahupun perempuan, semua sama-sama buat kerja.

1. Kalau kita suruh anak-anak buat kerja. Mereka akan rasa terbeban jika ianya hanya satu arahan. Tak ada cara lain, kita kena sama-sama berkerja dengan mereka. Work together bak kata orang Perthlis.

2. Kadang-kadang anak-anak akan bergaduh berebut kerja yang paling senang. Bagi berlaku adil, hari ini si polan buat ini, esok si polan pula buat ini. Kalau rajin, buatlah jadual.

3. Pejam mata dulu kalau hasilnya tak seperti yang kita mahu. Ketap bibir dari komen menghentam. Kita nak mereka biasakan rutin membantu. Nanti slow-slow tegur cara mengemas yang betul.

4. Beri pujian atas usaha mereka. Of course anak-anak nak rasa dihargai.

5. Akhir sekali, beri ‘reward’ atas usaha mereka. Tapi macam saya, ini cara kumpul poin untuk dapat gajet. Contoh, kalau tak capai 60 poin, maka tak dapatlah telefon pintar. 1 poin = 1 minit.

Saya tak cakap cara saya betul. Malah saya pun masih belajar jadi seorang ibu. Cuma bila tengok gambar macam ini, jadi senang hati. Auto perut, limpa, paru, hati semua jadi sejuk.

Mami anak tiga.

Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!

Sumber: Nazia Suhaimi

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×