Asuh

Pelakon Aiman Hakim Diarah Masuk Penjara Gara-Gara Makan Coklat Anaknya! Apa Cerita?

6
SHARES
anak Zahirah MacWilson

Sekali lagi, anak Zahirah MacWilson dan pasangannya Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees telah mencuri tumpuan pelayar internet di media sosial yang melihat kepetahan kanak-kanak itu berkata-kata dan kebijaksanaannya dalam membuat ‘siasatan’.

Gara-gara coklatnya habis dimakan sewaktu dia sedang lena tidur, Isaac dilihat mengajukan soalan kepada pasangan selebriti popular itu mencari pelaku yang sebenar. Aduhai anak~

Baca juga: Rintihan Bapa Bila Anaknya Kudung Lepas Kemalangan Undang Sayu, “Ayah Bersalah Sangat Dengan Manja..”

ANAK ZAHIRAH MACWILSON JUMPA BUKTI!

anak Zahirah MacWilson

Gambar: Instagram @isaacraees

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Isaac, anak bujang itu kelihatan mengadu kepada ibu bapanya mengenai kehilangan coklat tersebut. Isaac berkata, dia mempunyai bukti bahawa coklat tersebut telah hilang dan ada orang yang memakannya.

Lucu melihat gelagat Isaac, Aiman mengaku bahawa dia telah memakan coklat tersebut sewaktu sedang memandu ketika anaknya tidur.

Lebih mencuri perhatian, raut Isaac yang kelihatan terkejut lalu menyuruh Aiman masuk ke penjara susulan pengakuan yang dibuat oleh pelakon itu.

“Semalam Isaac beli chocolate ball…evidence of this…is it Daddy? Haaa go to jail. Now!” ucap Isaac di dalam video tersebut setelah selesai menjalankan siasatannya.

Baca juga: Walau Kena Tolak Untuk Gunting Rambut, ‘Barber’ Ini Tetap Santuni Anak Autisme Itu, Si Ibu Sebak & Terharu!

Warga maya puji kebijaksaan Isaac dalam membuat ‘siasatan’

Sementara itu, gelagat Isaac yang comel itu ternyata menghiburkan pelayar di internet. Sikap Isaac yang tidak terus menuduh tetapi bertanya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian, telah menerima pujian yang melambung dari warga maya.

“Bagusnya dia, tak terus tuduh daddy tapi siap tanya “is it daddy?” Sangat sopan, bagus didikan parents dia.

“Panjang lebar dia siasat hahaha.

“Pandainya dia, salah terus go to jail! Your sebutan in English and Malay pun sedap je dengar.

“Aduhhh, sopannya budak kecil ni, “Isaac nak satu.” Cairnya aunty dengar.

“Bagusnya! Daddy offer dua coklat lepas sarapan tapi dia nak satu sahaja.

“Dia punya siasatan memang padu. Dia betul-betul cakap bapa dia tu tertuduh hahahaha dan dia cakap bukti ada ciri-ciri jadi pengintip atau suka menyiasat macam FBI.

“Dia tak langsung menuduh, tapi dia bertanya lagi untuk pengesahan walaupun jari dah tunjuk-tunjuk hahaha.

“Go to jail HAHAHA! Isaac awak sangat kelakar.

“Dia suruh bapa dia masuk penjara hahaaha bukti dah jmpa lepas itu mengaku salah terus hantar penjara hahaha,” antara komen-komen yang ditinggalkan warga maya di Instagram Isaac.

Baca juga: BIADAP Pergi Rumah Orang Tinggalkan Lampin Bernajis Anak, Wanita Ini Titip Pesanan Buat Parents Lain!

Sumber: Instagram @isaacraees

FT Image: Instagram @isaacraees

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×