Famili

Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk & Waspada Di 7 Negeri Hingga Rabu Ini, Bah Kedua Bakal Membadai Ke?

21
SHARES
amaran hujan

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 9 pagi tadi, telah memaklumkan tentang amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.

Di mana, lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu bakal melanda hujan lebat berterusan tahap buruk.

Baca juga: KLIA Ranking Pertama Prestasi Global Bagi Kualiti Perkhidmatan, Atasi Lebih 350 Lapangan Terbang!

AMARAN HUJAN LEBAT TAHAP BURUK DI 7 NEGERI

amaran hujan

Gambar: Google

Seluruh Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama selain cuaca itu juga dijangka di Hulu Perak, Perak dan Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah:

  • Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera)
  • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
  • Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi)

Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’ & Menangi Hadiah Mingguan Melalui Cabaran Foto!

Sumber: BERNAMA

FT Image: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×