Didik

[TERKINI] Hujan Berterusan Cecah Tahap Bahaya di Kelantan, Adakah Banjir Terburuk 2014 Bakal Berulang?

24
SHARES
amaran hujan

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai amaran hujan berterusan. Di mana, kebanyakan negeri di dalam Malaysia bakal mengalami taburan hujan pada tahap bahaya.

Laporan cuaca yang dikeluarkan pada jam 10.40 malam, 26 November 2024, itu secara tidak langsung mengundang kerisauan rakyat terutamanya penduduk di beberapa negeri seperti Kelantan yang kini sedang mengalami situasi banjir di beberapa kawasan!

Baca juga: 5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!

AMARAN HUJAN BERTERUSAN, ADAKAH BANJIR 2014 BAKAL BERULANG?

amaran hujan

Infografik Jabatan Meteorologi Malaysia: Laporan cuaca yang dikeluarkan pada jam 10.40 malam, 26 November 2024.

SEKSYEN A MERAH: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku sehingga Jumaat, 29 November 2024 di negeri:

  • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
  • Terengganu
  • Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

SEKSYEN B JINGGA: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga Jumaat, 29 November 2024 di negeri:

  • Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling)
  • Perak (Hulu Perak)
  • Kelantan (Gua Musang)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera)
  • Johor (Mersing)

SEKSYEN C KUNING: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku sehingga Jumaat, 29 November 2024 di negeri:

  • Perlis
  • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)
  • Pulau Pinang
  • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar)
  • Pahang (Raub dan Bentong)
  • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
  • Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Baca juga: Ibu Kota KL Dapat Top 9 Kuasai Bahasa Inggeris Di Dunia, Perak Pula Ungguli Negeri, Syabas Rakyat Malaysia!

SITUASI TERKINI BANJIR DI KELANTAN

amaran hujan

Gambar NSTP: Tinjauan mendapati beberapa jalan utama di Kota Bharu – Kuala Krai dilanda banjir kilat pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Situasi banjir di Kelantan semakin memburuk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sebanyak 3,110 mangsa daripada 938 keluarga dipindahkan ke 51 PPS di sembilan jajahan setakat 9.30 pagi tadi, berbanding 250 orang daripada 36 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan jajahan terlibat ialah:

  1. Kota Bharu
  2. Pasir Mas
  3. Bachok
  4. Tanah Merah
  5. Kuala Krai
  6. Pasir Puteh
  7. Jeli
  8. Machang
  9. Tumpat

Baca juga: Resepi Lazat Ubi Tonyoh ‘Favourite’ Atok Nenek, Paling Laris Tiba Musim Tengkujuh!

Mengikut portal publicinfobanjir.water.gov.my, enam sungai di negeri itu telah melepasi paras bahaya, iaitu:

  1. Sungai Golok di Pasir Mas
  2. Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok
  3. Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli
  4. Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang
  5. Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai
  6. Sungai Semerak, Pasir Puteh

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa jalan utama di Kota Bharu dilanda banjir kilat pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, menyebabkan limpahan sungai berdekatan sehingga menyukarkan kenderaan melalui kawasan terbabit.

Baca juga: Ramai Tak Sangka Ada Negeri Sampai 5 Kod Kelahiran, Bukan 1 Saja Seperti Di MyKad!

BANJIR TERBURUK DI MALAYSIA

amaran hujan berterusan

Gambar Sinar Harian: Situasi banjir yang menjejaskan puluhan keluarga di beberapa kawasan di Sungai Siput pada Ahad disifatkan terburuk yang melanda sejak 2014.

Sebelum ini, umum mengetahui, banjir pada tahun 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang dipindahkan.

Sebelum peristiwa banjir terburuk tahun tersebut, Malaysia pernah mengalami beberapa peristiwa banjir yang dipanggil ‘Bah Besar‘ pada tahun 1926, 1967 dan 1971 sehingga diisytiharkan sebagai darurat.

Adakah sejarah banjir terburuk bakal terulang? Mari kita bersama-sama berdoa agar ia tidak berlaku!

Baca juga: Patutlah Susah Dapat Kerja, Rupanya Ramai Buat Tanda ‘Redflag’ Ini Masa Mohon Kerja, Confirm Kena Reject!

Sumber: Malaysian Meteorological Department / Buletin TV3

FT Image: Freepik / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×