Kepelbagaian yang terserlah melalui kekayaan budaya dan campuran linguistik, menyebabkan Bahasa Inggeris di Malaysia dituturkan secara meluas dan mudah difahami oleh rakyat di negara ini.
Lebih mengujakan apabila melihat data kajian terbaru yang dibuat oleh Education First (EF) baru-baru ini, meletakkan Malaysia pada penguasaan Bahasa Inggeris terbaik dalam EF English Proficiency Index (EPI) 2024.
BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA
Kuala Lumppur Top 9 dunia, Shah Alam kategori bandar dan Perak kategori negeri ungguli negara
Kuala Lumpur disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 ibu kota terbaik dunia untuk penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi, meletakkannya di tempat ke-9 dengan skor 584.
Sementara itu, Shah Alam dan Perak disenaraikan sebagai mempunyai “kemahiran tinggi” dalam kategori bandar dan negeri, masing-masing dengan skor EF EPI 598 dan 585.
Kajian itu meninjau kemahiran Bahasa Inggeris bukan penutur asli Bahasa Inggeris di 116 negara dan negeri, mengkategorikan tahap kecekapan daripada sangat tinggi kepada sangat rendah.
‘Ranking’ Malaysia jatuh satu tangga di peringkat global
Sementara itu, di peringkat global Malaysia berada di kedudukan ke-25 pada tahun lepas. Namun, tahun ini negara telah jatuh satu anak tangga iaitu memegang kedudukan ke-26.
Bagi edisi 2024, Malaysia kekal dalam 3 teratas di Asia dengan Singapura menduduki tempat pertama dan diikuti Filipina.
Singapura sekali lagi menduduki tempat teratas sebagai yang pertama di Asia dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi tetapi menduduki tempat ke-3, di peringkat global.
Keputusan ujian berdasarkan 2.1 juta penutur Bahasa Inggeris bukan asli
EF English Proficiency Index (EF EPI) ialah penarafan negara dan negeri mengikut kemahiran bahasa Inggeris mereka. Tinjauan oleh EF Education First, sebuah syarikat pendidikan Sweden, menganalisis keputusan ujian 2.1 juta orang dewasa bukan penutur asli bahasa Inggeris berumur 18 tahun dan ke atas di 116 negara dan wilayah.
Tinjauan mendedahkan bahawa walaupun pengambil ujian EF EPI kebanyakannya adalah individu yang berminat untuk mempelajari bahasa dan dewasa yang lebih muda, sampelnya adalah seimbang antara lelaki dan perempuan serta termasuk pelajar bahasa dewasa dari semua kumpulan umur.
Baca juga: ‘Tentera Bawang’ Malaysia Top 5 Dunia & Ke-2 Asia Kategori Buli Siber, Buat Malu Je!
Sumber: World of Buzz / Education First
FT Image: Malaysia Mall / Belenos Education