Didik

‘Tentera Bawang’ Malaysia Top 5 Dunia & Ke-2 Asia Kategori Buli Siber, Buat Malu Je!

27
SHARES
tentera bawang

‘Tentera bawang’ bukanlah satu nama yang asing di pendengaran rakyat Malaysia dan boleh dikatakan juga ia dikenali hingga ke peringkat dunia. Kalau anda nak tahu, baru-baru ini Harian Metro melaporkan, Malaysia telah menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber.

Dapatan itu adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.

Baca juga: 5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!

TENTERA BAWANG MALAYSIA KE-5 DUNIA & KE-2 ASIA BULI SIBER

tentera bawang

Gambar hiasan: software hantu

Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.

November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.

Baca juga: Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

Baca juga: Malaysia Ke-5 Tertinggi Dunia Mencemari Laut Dengan Sisa Plastik, Apa Nak Jadi Ni?

ANTARA MANGSA-MANGSA TENTERA BULI SIBER MALAYSIA

tentera bawang

Infografik: Harian Metro

1. Shinji Nakano , pelumba Jepun

Terbaharu, pelumba Jepun, Shinji Nakano menerima tempias ‘tentera bawang’ negara ini apabila terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.

Akibat insiden itu, ribuan ‘tentera bawang’ yang terdiri daripada pengguna media sosial negara ini membanjiri ruangan komen atlet Jepun itu.

Berdasarkan pemerhatian, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet itu.

2. Jack Carlin, pelumba berbasikal trek Britain

Perkara sama berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.

3. Maksym Koval, atlet para lontar peluru Ukraine

Insiden sama turut berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan pingat emas selepas atlet para lontar peluru Ukraine, Maksym Koval mengemukakan protes.

Akibatnya, ‘tentera bawang’ negara ini menyerang laman sosial Koval sehingga memaksanya menutup akaun sedia ada dan membuka akaun media sosial baharu susulan insiden itu.

Berdasarkan satu laporan berita, Koval mendakwa akaun media sosial miliknya digodam rakyat Malaysia selepas ‘menyerangnya’ dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran di akaunnya.

Baca juga: UIAM Diiktiraf Universiti Islam Ke-2 Terbaik Dunia, Megah Di Persada Antarabangsa!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×